Cerita ini dicungkil ketika Melayu CinDia sedang minum petang di sekitar Gombak Setia, Melayu CinDia ternampak sekumpulan totok2 PAS dari Kelantan yang juga minum di gerai tersebut. Berpakaian lengkap T Shirt yang tertera PAS For All. Mereka begitu asyik berborak dengan longat Kelantan sehinggakan 1 gerai mendengar perbualan mereka. Tiba2 Melayu CinDia terlihat 2 gadis muda yang kelihatan seperti pelajar IPT yang rasa2 nya baru pulang dari membeli belah.
Gambau Hiasan Sahaja |
Dengan beg pakaian berjenama keliling pinggang, gadis tersebut membuka 1 beg yang tertera jenama MPH, sebuah Kedai Buku terkenal. Apabila dikeluarkan dari beg tersebut, Melayu CinDia tersenyum lebar kerana tertera Gambar Tun Mahathir Mohamed dan nama 'A Doctor In A House'. Memang diakui buku ini menjadi rebutan sehinggakan penjualannya laku macam Goreng Pisang.
Salah seorang puak totok2 PAS ternampak 2 orang gadis ini memegang buku tersebut. Alangkah terkejutnya Melayu CinDia apabila totok2 PAS dari Kelantan ini terjerit2 memalukan gadis2 tersebut dengan panggilan 'Tino' dan menghina buku nukilan Tun Mahathir ini. 3 orang dari puak tersebut terus melulu ke meja gadis2 itu dan memulakan 'dakwah' mereka. Dengan menggelar Mahathir sebagai Yahudi, totok2 PAS ini membongkar bahawa Tun Mahathir menggunakan Kitab Injil sebagai rujukan dalam melaksanakan Dasar Kerajaan termasuklah Pembangunan ke Arah WAWASAN 2020.
2 gadis itu terpinga2. Mereka cuba beredar akan tetapi totok2 PAS ini menggunakan psychology tersendiri sehingga menyebabkan gadis2 ini tidak dapat melarikan diri. Antara bukti2 lain yang mereka gunakan bagi memesongkan 2 gadis tersebut mengenai Kepimpinan bekas Presiden UMNO ini dengan mengatakan Tun M seorang Pembunuh Pejuang2 Islam merujuk kepada Peristiwa Memali.
Akhir sekali Tun M juga digelar sepatutnya ditanam hidup2 di Tanah Melayu kerana telah menderhaka kepada seorang manusia yang digelar Pejuang Kemerdekaan bernama Tunku Abdul Rahman, merujuk kepada pemecatan Tun M pada tahun 1960an oleh Tunku kerana mengeluarkan buku The Malay Dilemma. Hati aku ini berkecamuk. Jika sekali lagi bersuara, aku memang confirm akan pergi ke meja tersebut dan menghalau mereka.
Mujurlah akhirnya salah seorang gadis itu bersuara. Mudah sahaja untuk mematikan juak2 PAS itu. Gadis tersebut bercakap, "Maknanya Orang2 PAS mengakuilah bahawa Tunku Abdul Rahman itu Pejuang Kemerdekaan?" Terdiam totok2 PAS itu. "Tak sangkakan, orang2 PAS ni pun mengaku Pemimpin UMNO ni pejuang Negara. Alhamdulillah." Terkedu muka totok2 PAS itu.
"Lain kali jangan cakap sampai lupa akal yang dikurniakan oleh Allah. Hendak menghina Pemimpin UMNO (Tun M). Tapi akhirnya puji juga Pemimpin UMNO (Tunku). Kenapa tak guna Pemimpin2 PAS?" Lalu rakan gadis tersebut menjawab, "Yang kat depan kita ni la pejuang2 PAS. Nak tunggu panggil gelaran Bapa apa pun tak tahu." Panggilan bapa merujuk kepada gelaran terhadap Perdana Menteri2 sebelum ini seperti Bapa Kemerdekaan Negara.
Lalu totok2 PAS ini memberi salam dan terus beredar dari kedai tersebut diikuti beberapa puak lain. Melayu CinDia tepuk tangan depan mereka. Pemilik kedai minum tersebut lalu menjerit Hidup UMNO selepas totok2 PAS itu beredar. Minum pun dekat Kedai UMNO. Inilah pengajaran buat mereka akibat menghina Pemimpin Negara. Tiada lagi kedengaran gelaran Pemimpin Negara dari kalangan PAS, apatah lagi DAP dan PKR. Semuanya lahir dari Pemimpin2 UMNO. Kerana gelaran itu jugalah yang diberi pengikhtirafan kepada Rasullullah, Saidina Abu Bakar sehingga Saidina Othman.
Sumber: Gelombang Rakyat
2 comments:
TAK DENGAR PLAK TOTOK2 PASNGOK TU SEBUT JASA2 KETURUNAN BAPAK KOMUNIS KIT SIYAL YG DH BUNUH BERIBU2 RAKYAT M'SIA KEHKEHKEH HARKKK PTUIHHH!!
totok pas ni pun mana tahu pasal sejarah..dorang ni x sekolah hahaha..kalau tanya sejarah pas pun, gerenti ramai yang mengigit jari ler hahaha.
Post a Comment