Geng Bas Sekolah

March 28, 2011

Daulatkan Bahasa Melayu


KUALA LUMPUR 27 Mac – Naib Canselor atau Rektor mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang meminggirkan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan dalam bahasa Melayu digesa supaya meletakkan jawatan kerana melanggar prinsip asas agenda nasional.

Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sikap mereka yang ‘gila ranking’ itu perlu dihapuskan supaya bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa ilmu bertaraf antarabangsa.

“Bagi menggalakkan perkembangan pesat bahasa Melayu, IPT awam dan swasta perlu memartabat dan mendaulatkan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Mesyuarat Agung Gapena ke-40, di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga digesa supaya menubuhkan sebuah jabatan pemantauan dan pelaksanaan bahasa Melayu di setiap IPT bagi mendaulatkan bahasa tersebut.

Tambahnya, penubuhan jabatan itu dapat menggalakkan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan menarik minat pelajar asing untuk mendalami peradaban orang Melayu serta memperluaskan lagi penggunaan bahasa tersebut ke serata dunia.


Aku setuju dengan pendapat ni. Di Malaysia, bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi. Jadi mengapa kita perlu menggunakan bahasa asing sehingga ke dalam IPT. Pernahkah kita jumpa mana mana universiti dinegara asing yang menyediakan kelas didalam bahasa Malaysia khas untuk pelajar kita? Sudah tentu tidak.

Kita sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi sayang masih ramai golongan profesional dinegara kita yang masih terjajah mindanya dan terlalu mengagungkan budaya dan bahasa asing.

Sepatutnya golongan ini harus berusaha mengangkat martabat bahasa Malaysia supaya tidak ketinggalan. Begitu juga dengan golongan ahli politik. Aku lihat ramai golongan politik yang bercakap menggunakan bahasa asing ataupun bahasa rojak apabila ditemubual.

Cukup malang apabila bahasa Malaysia dihina oleh rakyat Malaysia terutama orang melayu itu sendiri.

8 comments:

Tieah Madian said...

Serius aku pun tak faham dari sekolah rendah dulu, kenapa nak kena belajo english??????? Dan start dari situ aku tak suka english dan sampai sekarang.. Aku suka tapi nak buat camne tak berapa nak faham..

Entry Terbaru : Mengapa Isnin Dibenci???

urkolog said...

salam hormat YB Raz..mengenai isu bahasa ini amat subjektif...ketika ini buku rujukan pendidikan peringkat tertinggi semuanya dalam bahasa inggeris...oleh itu penekanan kebolehupayaan dalam berbahasa inggeris adalah satu kemestian...di tambah lagi keperluan industri ketika ini yg memerlukan perkerja bukan setakat berbahsa malaysia shj....tidak guna jika dapat menghasilkan graduan yg bijak pandai dalam akademik tetapi tidak laku dalam pasaran kerja kerana tidak berkeupayaan dari segi perhubungan komunikasi lantaran kelemahan berbahasa inggeris....apa yg penting langkah awal yg harus diambil adalah memperbanyakkan usaha-usaha penterjemahan buku rujukan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia secara besar besaran dan berterusan...apa yg dilihat ketika ini usaha-usaha penterjemahan ini amatlah lesu dan lemau sekali....usaha-usaha penterjemahan ini secara tidak langsung akan mengurangkan penggantungan kepada bahan rujukan berbahasa inggeris dan secara tidak langsung penggunaan bahasa malaysia akan meluas...

Anonymous said...

STUJU GAK BRO. BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN ATAU BAHASA IBUNDA YG KMAJORITINYA ADALAH ORG MELAYU. SAPE LAGI YG NAK PERTAHANKAN BAHASA MALAYSIA KLU BKN ORG MELAYU. JUGA SEBAGAI BAHASA PERANTARA. BEGITU PUN PERLEMBAGAAN NEGARA CUKUP ADIL KERANA MEMBERIKAN KEBEBASAN KPD KAUM LAIN UTK MEMELIHARA BUDAYA DAN BAHASA MASING TANPA SEBARANG PAKSAAN

Mermaid Ungu said...

Ok bhs melayu mmg bhs rasmi Malaysia.tp kalo tahu bhs asing pon ade advantage gak.

tp yg aku tak puas hatinya bila org cina or india yg warganegara Malaysia sendiri xreti ckp bhs melayu.Tak sedar diri betol.Dah 30 tahun lahir kot. Melampau ar tu.

Jeepers Creepers said...

tieah: samer..aku faham apa orang cakap..tapi x reti nak speaking balik..kalau tulis lagilah merapu..gramer tungang terbalik..tak campur lagi wrong spelling hehehe

Jeepers Creepers said...

urkolog: saya setuju dengan pendapat yang memang kita perlu kemahiran bahasa inggeris tapi itu perlu digunakan ditempat yang perlu sahaja..janganlah sampai di IPT pun kita gunakan sehingga korbankan bahasa kebangsaan kita sendiri.

soal penterjemahan tu, DBP memang agak ketinggalan..tak tahu mengapa.

Jeepers Creepers said...

jeff: betul tu bro..tapi bukan orang melayu saja tapi seluruh warga negara malaysia perlu pertahankan bahasa Malaysia ni.

sebenarnya tahap kita sayangkan negara amatlah rendah terutama dikalangan generasi muda..sebagai tanda kita sayangkan negara, salah satunya kita perlu berbangga dan fasih menguasai bahasa kebangsaan.

tapi kita tak boleh salahkan mereka 100% sebab golongan tua seperti golongan profesional dan ahli politik sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik.

Jeepers Creepers said...

ayunda: tahu takpe..dah lahir dan matipun nanti kat Malaysia tapi cakap pelat tak pernah hilang. Diorang ni sebenarnya mengada ngada..sepatutnya sejak awal kemerdekaan dahulu mereka ini jangan diberi peluang terlalu banyak. buat macam indonesia dan thailand. barulah seluruh rakyat bersatu.