Gambau Google |
Tidak mahu bersubahat dengan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, kira-kira 200 ahli Persatuan Sami-Sami Hindu Pulau Pinang hari ini mengambil keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut pengerusi persatuan berkenaan, S. Dhinabalan, mereka malu mempunyai pemimpin yang dikaitkan dengan perbuatan terkutuk tersebut, apatah lagi ia dianggap dosa besar dalam agama Hindu. Katanya, isu berkenaan sudah tersebar ke seluruh dunia dan sewajarnya ahli-ahli persatuan tersebut yang mempunyai kedudukan tinggi dalam agama Hindu tidak dikaitkan dengan Penasihat PKR itu.
"Kami sering menghadiri majlis-majlis rasmi di luar negara dan ramai yang ditemui menanyakan mengenai dakwaan penglibatan pemimpin pembangkang itu dalam rakaman video seks tersebut apabila mengetahui kami dari Malaysia.
"Ini amat memalukan kami, lebih-lebih lagi perbuatan tersebut merupakan satu dosa besar, tidak boleh diterima sama sekali dalam agama Hindu," katanya.
Sementara itu, timbalan Dhinabalan, C. Shangkar memberitahu, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat selepas tiga tahun mentadbir negeri. Jelas beliau, kaum India di negeri ini seolah-olah dianak-tirikan berbanding kaum lain.
"Kami tidak diberi keutamaan dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan dan kemudahan pembangunan, seperti tidak dihiraukan," ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia
Aku taknak cakap banyaklah. Walaupun belum terbukti pakcik Anwar terlibat berkaitan kes ni, tapi bagi mereka yang bijak, menghindarkan diri adalah langkah terbaik. Sami Hindu pun malu dengan kes ni. Tok Nik Aziz tak rasa malu ke? Ingat tok Nik, malu tu sebahagian daripada iman.
"Berkawanlah dengan pembuat minyak wangi, nescaya harumannya akan terkena bajumu juga. Jangan berkawan dengan si tukang besi (atau tukang pembuat pedang), percikan apinya akan terkena bajumu lalu boleh terbakar."
No comments:
Post a Comment