Geng Bas Sekolah

March 10, 2011

Anwar Pakai Kereta Kebal

Dewan Rakyat hari ini gamat dengan pendedahan N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) apabila diberitahu yang beliau membayar ansuran bulanan untuk dua buah kereta bagi kegunaan pengawal peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan dua kereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikan keselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu terjamin.

Sehingga kini, katanya, ansuran dua kereta itu masih dibayar olehnya tetapi beliau telah mengambil salah satu kereta tersebut selepas pejabat Ketua Pembangkang gagal mengambil tindakan sewajarnya.

''Untuk membayar pembantu peribadi saya perlu bayar sebanyak RM2,000 namun saya korbankan demi untuk membayar (dua) kereta pengawal peribadi bakal Perdana Menteri kita supaya beliau selamat.

''Saya percaya Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Indera Mahkota dan Merbok tidak melakukan (seperti apa yang saya lakukan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Gobalakrishnan berkata, hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidup dalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadi setaraf dengan kedudukan masing-masing.

Beliau berkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalam PKR.

''Sekarang saya bebas. Setiap hari saya tidak perlu turun untuk berceramah. Saya tidak perlu memfitnah seperti yang dibawa oleh Machang (Saifuddin Nasution) di Dewan Rakyat semalam. Saya ada masa untuk buat teks," katanya. Utusan Malaysia

Hebat sungguh pakcik Anwar ni. Kereta bodyguard diapun orang bayaukan. ''Untuk membayar pembantu peribadi saya perlu bayar sebanyak RM2,000 namun saya korbankan demi untuk membayar (dua) kereta pengawal peribadi bakal Perdana Menteri kita supaya beliau selamat.

Hahaha pakcik Anwar bukan bakal perdana menteri aku. Dia tu bakal penghuni penjara Sungai Buluh atau nama glamornya Buluh Inn Club hehehehe.

No comments: