Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengemukakan permohonan menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi di sini ke atas dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia.
Ia berikutan laporan berita mengenai demonstrasi yang berlaku di seluruh negara yang mendesak Ketua Pembangkang itu memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
Ia juga ekoran penerbitan laporan berita mengenai hujahan pihak pendakwaan hari ini berhubung permohonan untuk mendapatkan sampel DNA terbabit.
Permohonan menghina mahkamah itu merupakan kali kedua dibuat ke atas akhbar tempatan walaupun terdapat portal media yang turut membuat laporan yang sama.
Kali pertama permohonan menghina mahkamah ke atas media dibuat ialah pada 4 Februari tahun lalu iaitu ke atas Utusan Malaysia berkaitan dengan gambar yang dipetik dari agensi Bernama.
Permohonan tersebut bagaimanapun ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Sumber: Utusan Malaysia
Pakcik Anwar dah semakin takut dengan rakyat Malaysia. Jika dulu dia mempergunakan rakyat Malaysia untuk mengangkat dirinya. Dan sekarang rakyat Malaysia inilah akan menjatuhkan dia. Mana pakcik Anwar nak lari sekarang. Selain pakcik Anwar ni, Nik Aziz juga hanya menunggu masa untuk digulingkan.
1 comment:
salam,
sebenarnya senjata anu-ar masa reformasi dulu telah memakan dia kembali, dulu dia menganjurkan reformasi,tetapi bila orang berdemo terhadap dia..dia melatah...:)
Post a Comment