Geng Bas Sekolah

March 21, 2011

Anwar Ibrahim Mimpi Basah


Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.

Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.

Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.

"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya. Utusan Malaysia

Waaa besau sungguh cita cita pakcik Anwar ni. Ada hati nak jadi presiden. Rasanya dia nak jadi macam presiden Amerika kot hahahaha. Si Azmin dayus tu pulak ada hati nak jadi PM hahahaha. Anak bini sendiri tak terjaga, ada hati nak jaga Malaysia. Geli ketiak aku hahahahaha.

No comments: