Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi. Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.
“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya. Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, sedang membalas twitter dengan penyokong. Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 pagi dan bertarikh 21 Februari 2011.
“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya. Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.
“Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” katanya.- AdilanDaily
Hehehe belum apa apa pakcik Anwar dah mengaku tak buat. Tak ada orangpun yang tuduh dia. Tapi dia awal awal dah mengaku. Hum tak apalah kalau dia dah mengaku dia tak bersalah. Dia dah mengaku bukan dia dalam video tu. Boleh jadi juga betul yang pakcik Anwar tak bersalah.
Tapi aku tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh saudara Zulkifli Noordin diblognya :
Kedua, teman nasihatkan semua pihak supaya berhati-hati. Teman khuatir ianya mungkin satu perangkap sahaja. Setakat yang teman kenal, puak-puak ni mampu berbuat apa sahaja. Kalau satu dunia pun dema boleh bohong dan kelentong, takat tambah setahil lagi bukan masalah yop. Ini adalah puak-puak yang terdesak. Setelah pemimpin mereka kantoi mengenai isu DNA, dan dalam keadaan mereka tidak ada sebarang jawapan, tiba-tiba muncul videoklip ini. Kemungkinan ianya satu sandiwara yang direkayarsa dengan begitu teliti tidak boleh ditolak. Mereka boleh cipta videoklip ini, dan mereka pulak nafikan!
Hum mungkin betul apa yang katakan oleh saudara Zulkifli ini. Pakcik Anwar sendiri mempunyai rekod putar alam nombor satu di Malaysia. Kalau buat video macam ni, tak susah langsung pada dia. Nak pulak kes liwat dia dah sampai jalan mati. Tambah pula pilihanraya Sarawak. Semua ini tak mustahil permainan pakcik Anwar sendiri.
Nak tahu lebih lanjut cerita ini daripada Zulkifli Noordin, korang boleh klik sini
No comments:
Post a Comment