Geng Bas Sekolah

February 3, 2011

UMNO Jahiliyah Kena Tolong Anak PAS. Pemimpin PAS Pegang Telur Gelakkan Pengikut Sendiri

Dalam usaha menyelamatkan pelajar Malaysia, ramai yang tidak sedar sebenarnya kerajaan sedang menolong anak puak PAS. Aku ulang sekali lagi, kerajaan UMNO kena tolong anak puak PAS yang kat Mesir sana.

Mesti ramai yang bengang dengan statement aku ni. Dalam isu macam ni, masih ada sentimen politik. Tapi aku tetap kena cakap sebab aku kenal sangat perangai puak PAS. Merekalah yang terlebih politik sehinggakan sanggup memfitnah jenazah yang terbujur menanti masa dikebumikan.

Cakaplah apapun, setiap ruang mesti mereka kutuk UMNO itu ini. UMNO zalim 50 tahun memerintah. Tapi mereka lupa dalam zalim UMNO, anak mereka dapat belajar tinggi. Mereka sendiri dapat subsidi gula, minyak petrol, kemudahan kemudahan awam lain. Tapi dalam masa yang sama, mereka menyalak katakan UMNO ni zalim. Sebenarnya merekalah yang menzalimi diri sendiri.

Aku sebenarnya sakit hati bila orang cakap kerajaan lambat membantu, hanya tolong pelajar tajaan. Lepas tu merungut sebab guna duit sendiri bawak anak balik. Dah awak yang hantar anak belajau jauh jauh buat apa. Lagipun anak awak sendiri mengelupur kecoh nak balik. Anak orang lain boleh bersabau, anak awak pula yang huru hara tak tentu pasal.

Buat pelajar yang balik guna duit sendiri, bersyukurlah sikit sebab awak masih ada tempat nak tuju. Masih ada rumah dan tanahair sendiri yang aman damai. Cubalah fikir bagaimana nasib orang islam Palestin. Anak anak mereka semua nak lari kemana bila orang yahudi mengebom rumah mereka? Anak anak kecil terpaksa berhadapan dengan kezaliman yahudi zionis setiap hari. Tapi mereka boleh bersabau teruskan hidup dalam kepayahan.

Inilah jadinya apabila hidup dalam kesenangan terlalu lama. Sehingga tak sanggup menanggung susah. Baru susah sedikit, kena keluar duit sendiri buat tambang dah merungut marahkan kerajaan. Sepatutnya bersyukurlah sebab awak tu selamat. Masih ada mak ayah dan keluarga. Jangan hanya tahu salahkan orang lain sahaja.
Kementerian Pengajian Tinggi menegaskan tidak wujud amalan pilih kasih dalam usaha kerajaan untuk membawa pulang para pelajar yang menuntut di Mesir ekoran krisis politik di negara tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan akan memastikan kesemua pelajar terbabit dikeluarkan dari republik itu secepat mungkin sebelum diputuskan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"Selagi mereka rakyat Malaysia, kesemua mereka perlu dikeluarkan (dari Mesir)," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Hari ini, akhbar melaporkan terdapat rungutan para pelajar di sana yang mengatakan usaha membawa pulang mereka hanya tertumpu kepada para pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Rungutan itu juga boleh dibaca di Internet melalui laman sosial seperti facebook dan blog-blog kendalian individu tertentu.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled mengakui pihaknya menghadapi kesulitan untuk menghubungi pelajar Malaysia di sana terutama mereka yang mengikuti pengajian bidang agama tanpa berdaftar dengan kementerian.

Menurutnya, keadaan itu timbul memandangkan golongan tersebut telah lama menetap di Mesir dan sangat serasi dengan penduduk tempatan serta budaya kehidupan di sana.

"Kita telah menguar-uarkan kepada para pelajar (bidang agama) ini supaya menghubungi kementerian serta Jabatan Penuntut Malaysia di sana untuk kita lakukan proses pemindahan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, beberapa universiti utama di Mesir kini telah mengumumkan cuti masing-masing dengan Universiti Kaherah ditutup selama tiga bulan; Universiti Al-Azhar (setahun) dan Universiti Ain Shams (enam bulan).

Justeru katanya, ibu bapa yang masih gagal menghubungi anak-anak mereka di Mesir diminta memberikan butiran para pelajar tersebut kepada kementerian secepat mungkin.

Pihaknya memerlukan butiran itu bagi memudahkan urusan pencarian para penuntut Malaysia yang masih belum berjaya dikesan di Mesir. 

"Sekarang ini, kita mempunyai lebih 11,000 pelajar di Mesir dan lebih 7,000 daripada mereka telah berhubung dengan kementerian," ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

PASNGOK MUKE MMG TAK TAU MALU BROO. ALA2 MUKE TEMBOK! KEHKEHKEH