Geng Bas Sekolah

February 2, 2011

Rakyat Malaysia Berjaya Dihubungi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berjaya menghubungi 70000 orang pelajar Malaysia yang berada di Mesir. Sementara itu baki yang lain adalah pelajar yang tidak berdaftar dengan Kementerian. Walaubagaimanapun mereka akan tetap dibawa keluar sekiranya mereka menghubungi pegawai kementerian.


So aku harap ibu bapa atau ahli keluarga lain yang mengetahui dimana anak mereka berada, sila hubungi pegawai kementerian agar usaha menyelamat boleh dilakukan. Mereka boleh menghubungi Pemangku Ketua Pegarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia Prof Dr Rujhan Mustafa melalui talian 019-270 8222, Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff (019-752 0672) dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Jabatan Penuntut Malaysia di talian 012-931 6172.


Kadang kadang mereka juga perlu berusaha sendiri untuk menyelamatkan diri. Jika sudah tahu diri tidak berdaftar, sepatutnya mereka sedar bagaimana pihak kedutaan nak kenal mereka kan. So pandai pandailah. Insyaallah kerajaan akan tetap membantu walaupun pelajar itu adalah dari keluarga puak PAS tegar kerana kerajaan BN bukanlah zalim sepertimana kerajaan pembangkang.


Usaha membawa keluar akan dimulakan bila bila masa sahaja kerana kerajaan Arab Saudi sudah memberi kebenaran untuk pelajar Malaysia dipindahkan ke Jeddah. So bersedialah.


1 comment:

Tieah Madian said...

Tapi masih ade gak pelajar Malaysia kat sana cakap kerajaan lambat..
Ye, mmg kita tau masalah dorang kat sana tapi masalah kita dalam proses nak bagi bantuan pun sukarkan?
Bukan senang macam negara US tu..