Geng Bas Sekolah

February 2, 2011

TUDM Hantar 3 Buah Pesawat Penyelamat

Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.

“Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.

2 comments:

d_tieah said...

Kerajaan prihatin! Yeah!
Rakyat didahulukan..
That's gud idea..
Bawa pelajar ke Jeddah dulu..
Yelah, nak bawa ramai2 kang susah plak..

YB Raz said...

d_tieah: yup