Geng Bas Sekolah

February 2, 2011

Kerajaan Gerakkan Kapal Perang Dan Pesawat Mengempur Mesir

Kerajaan sudah membuat keputusan membawa keluar pelajar Malaysia daripada Mesir. Untuk tujuan ini, kerajaan menghantar kapal perang TLDM dan juga kapal terbang untuk mengambil para pelajar. Buat masa sekarang kerajaan sedang menguruskan visa dan memohon kebenaran untuk membolehkan pelajar masuk ke Jeddah, Arab Saudi.


Semantara itu Lebih 200,000 rakyat membanjiri ibu negara Mesir hari ini bagi menyahut seruan perhimpunan sejuta penunjuk perasaan dalam usaha menuntut pengunduran pemerintahan diktator Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.



Penunjuk perasaan termasuk penduduk dari wilayah pedalaman Delta Nil berpusu-pusu menuju Dataran Tahrir di pusat bandar raya Kaherah, ketika satu laporan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) menyatakan seramai 300 maut sepanjang bantahan dijalankan.

 

Keadaan yang terlalu sesak memaksa penunjuk perasaan terdiri daripada guru sekolah, petani, penganggur, mahasiswa, wanita bertudung dan lelaki yang memakai sut berhimpit-himpit di antara satu sama lain.
Mereka turut menyanyikan lagu kebangsaan dan melaungkan slogan 'Berambus, Berambus, Berambus!' ketika helikopter tentera berlegar-legar di ruang udara.

Tentera di pos-pos kawalan yang dibina di kawasan masuk Dataran Tahrir hanya memerhati dan tidak menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki kawasan tersebut.


4 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..MMG PATUT PUN ASET2 KETENTERAAN NEGARA DI GERAKKAN. NAK2 MASA DARURAT MCM NI. JGN BIARKAN ASET2 KITA SEJUK BEKU. KALAU TAK PEMBANGKANG AKAN JADIKAN ISU MURAHAN PLAK ADOIYAIII

YB Raz said...

jef: sukhoi tu dok tembak markas pas best gak hehehe

CuteOven said...

Jangan YB Raz...sabar... kan sabar tu separuh dari IMAN...

YB Raz said...

cute: hehe ^_^"