Geng Bas Sekolah

February 24, 2011

Syaitan Bertopengkan Pelajar

Aku sebenarnya cukup menyampah bila nak cerita pasal bebudak student yang gila politik ni. Akupun tak paham apesal ler universiti boleh benarkan pilihanraya kampus. Bagi aku ada baiknya pilihanraya kampus dimansuhkan. Sebabnya universiti adalah tempat untuk belajar. Tempat untuk menyediakan diri dimasa depan. Bukannya tempat terpekik terlolong nak tunjuk siapa popular, siapa bagus dan sebagainya.

Aku dulupun time study cukup menyampah dengan bebudak gila glamor macam ni. Sibok dok promote diri, suruh undi diorang. Padahal sekorpun aku tak kenal. Semuanya bukan bebudak aku. Entah budak mana. Senior ke hapa. Time mengundi pun aku buat tak tahu je. Sebabnya aku lihat pilihanraya kampus ni langsung takde makne.

Aku cuma ada 3 tahun kat kolej. Satu sem cuma 4 atau 5 bulan je. Itupun sepanjang sem memang penuh dengan kelas. So apa kaitan politik kampus dengan study aku. Kalau calon yang aku undi tu menang, bukannya dia boleh tolong bayar yuran aku. What the point of this stupid election?

Sepatutnya pelajar melayu ni mencontohi pelajar cina dan india. Hidup diaorang tak pikir langsung pasal politik bodoh ni. Pelajar cina dan india lebih tumpukan pada pelajaran ataupun kerja kerja amal, kerja luar kampus yang membuatkan mereka lebih banyak bercampur dengan masyarakat luar.

Tapi pelajar melayu, dah ler miskin, duitpun mengharapkan PTPTN, biasiswa, duit mak bapak. Lepas tu terpekik terlolong nak tunjuk bagus. Lepas tu belajaupun entah kemana. Last last keluar universiti jadi bodoh. Sebab tu ler ramai graduan melayu yang keluar U jadi bodoh. Sebabnya kat U diorang suka buat kerja bodoh.

Orang melayu ni aku rasalah, sampai hari kebangkitan kat padang Masyarpun masih tak akan berubah mentaliti diorang. Agaknya nantipun kat padang Masyar masih terpekik terlolong gila berpolitik.

Kalau korang nak tahu pasal student melayu gampang ni, korang boleh baca kat sini

2 comments:

Tieah Madian said...

Nasib baik aku student pjj jek..
Hahahha..
Tak full time kat u..
Kalo aku belajar kat u, entah2 aku pun join benda2 camni..
Yelah, aku suka politik!
Hahaha..

Entry Terbaru: Masturah Abu Bakar Sangat Popular Dari Ben Ashaari

Jeepers Creepers said...

d_hatie: kalau time study jgn sibuk dengan politik..masa depan lebih penting dari politik