Proses pemindahan para pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah berjalan lancar, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.
Beliau berkata, kesemua pelajar dipindahkan dengan menaiki bas dari asrama masing-masing menuju ke Asrama Malaysia di Kaherah dan Asrama Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Iskandariah sebelum bertolak ke lapangan terbang.
"Dari situ, semua pelajar akan dibawa ke lapangan terbang juga menaiki bas. Kita akan bergerak secara konvoi bagi memastikan keselamatan lebih terjamin. Setakat ini semua pelajar berada dalam keadaan yang baik sama ada di asrama mahupun di lapangan terbang,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. - Bernama
Setakat ini keadaan masih berjalan lancar. Tapi aku nak tergelak bila ada puak puak sesat entah datang dari mana. Tiba tiba buat demo tak tentu arah. Agaknya Hosni Mubarak ada pernah sekeh kepala diaorang kot hehehe.
Kesian sungguh aku dengan puak puak ni. Entah setan manalah yang menghasut diorang ni. Ish ish tapi tak pelik ler sebab tok guru diorangpun dah cakap puak diaorang memang berkawan dengan syaitan hehehehe.
Gambau dipinjam dari MPP
No comments:
Post a Comment