TEMERLOH, 27 Feb: Masalah ketiadaan bekalan air bersih sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun sudah cukup bagi penduduk Kampung Pulau Mandi Angin untuk menolak Umno BN.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, lebih malang lagi bagi penduduk di kampung berkenaan tidak mendapat bekalan air sekalipun hanya berjarak empat kilometer dari loji air Batu Sawar.
Beliau yang meninjau masalah penduduk di kampung hari ini menambah, para penduduk di situ semacam dipinggirkan oleh kerajaan BN untuk mendapat kemudahan asas walaupun dua orang Perdana Menteri adalah dari negeri Pahang. Harakah
Adoi benda macam inipun PAS nak jadikan isu ke. Hello Mr PAS. Jangan asyik dilihat masalah dinegeri orang. Sedangkan negeri sendiripun masalah air masih lagi tak selesai. Kelantan tu apa cerita? Kedah dengan Selangor pun sama. Khalid GapGap sampai bergaduh sebabkan nak menipu rakyat pasal air percuma.
Kat Kedah, ostad Azizan tu apa kerjanya? "Saya tak tahu, jangan tanya saya". Hahaha itu jelah jawapan dia kalau ditanya pasal air. Last last Allah bagi air sampai melimpah ruah. Cecah bumbung rumah air Allah bagi. Kalau setakat isu air, rakyat tak sebodoh tu nak mengundi PAS.
1 comment:
Kan..
Hahaha..
Beberapa hari lepas borak dgn kwn kat telefon cerita bab politik..
Dia org kuat pas dan aku plak sokong bn..
Giler lah, last2 dia kalah..
Entry Terbaru: Sebenarnya Kita Sama-Sama Sombong
Post a Comment