Geng Bas Sekolah

February 28, 2011

Nik Aziz Sedih Jadi Mursyidul Am-PAS

KOTA BHARU 27 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu.


Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, beliau tidak perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu kerana ia adalah ketentuan Allah kepada setiap manusia di atas muka bumi.

"Saya berbangga dilahirkan sebagai seorang Islam, walaupun saya ini Orang Asli. Orang Asli pun kalau saya berjuang masuk Islam Alhamdulillah, kalau saya orang Arab tetapi berjuang tolak Islam tak ada guna.

Ditanya mengenai ceramah Pas sejak akhir-akhir ini yang mengaitkan kebangkitan rakyat Mesir dan Libya dengan usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), Nik Abdul Aziz berkata, tidak mustahil rakyat di negara ini akan bangkit seperti berlaku di Asia Barat.

"Saya melalui pengalaman ketika berada di Mesir selama empat tahun, ketika itu ada pilihan raya, Hosni Mubarak menang pilihan raya Presiden Mesir dengan undi 99.9 peratus, tetapi sekarang semua rakyatnya memberontak, jika benar dia menang dengan undi sebanyak itu, mana pergi 99.9 peratus yang menyokong.

"Ini menunjukkan ada pembohongan dalam pilihan raya, rakyat akan merasa tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan kerana mereka menipu dan pilihan raya yang diadakan tidak telus," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Betul lah tu apa yang Nik Aziz ni cakap. Jadi orang asli kalau beragama islam memang akan jadi manusia berguna. Tapi cuba dia pikir, kalau dia dilahirkan sebagai orang asli yang tidak beragama islam. Dan langsung dia tidak mendapat hidayat memeluk agama islam. Kemana dia pergi selepas mati? Haaa tahukan kemana ^_^"

Dan jawatan yang dipegang sekarang selama lebih 20 tahun, adakah dia dapat jika dia orang asli? Maaf bukan nak hina orang asli tapi aku nak cakap yang Nik Aziz ni riak. Terlalu berlagak seolah olah lebih islam dari orang islam lain.

Pasal merusuh kat Asia barat, benda benda tu dah memang jadi kegemaran dia sejak muda. Malah dah memang diterapkan kedalam jiwa setiap pengikutnya. Suka sangat merusuh. Kalah bola merusuh, kalah pilihanraya merusuh. Entah apalah faedah yang akan dia dapat kalau orang merusuh ini akupun tak tahu.

Last, Nik Aziz ni suka sangat merujuk kepada Kerajaan BN akan tumbang kalau rakyat merusuh. Tapi dia lupa yang boleh jadi kerajaan PAS Kelantan pun boleh tumbang kalau rakyat Kelantan merusuh. Bak kata pepatah; "pelepah atas jatuh, pelepah bawah jangan ketawa"

No comments: