Perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.
Nik Abdul Aziz berkata, parti-parti politik perlu bertanggungjawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini.
Ujarnya, walaupun Pas tidak memberi keutamaan kepada perjuangan terhadap bangsa, ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan hak orang Melayu memandangkan mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini.
"Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Tu dia tok guru sudah berpusing 360 darjah untuk kali ke berapa akupun tak ingat. Mungkin tok guru sudah nampak tanda tanda yang orang melayu dah menyampah tahap maksima kepada parti dia. Tu pasal diapun cakap berpusing pusing pasal orang melayu.
Tapi biasalah apa yang keluar dari mulutnya hanyalah kerana politik. Ibarat kata orang tua tua "Dengar boleh tetapi percaya jangan"
No comments:
Post a Comment