Geng Bas Sekolah

February 28, 2011

Nik Aziz Kepanasan

Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.

"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.

"Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Mengelupur Nik Aziz dibuatnya kalau dia dengar apa DS Najib ni cakap. Dah lah Tun Mahathir hemtam dia. Sekarang DS Najib pulak. Tapi betul apa yang dikatakan oleh DS Najib. 20 tahun Nik Aziz memerintah, hanya 2 masjid je dibina. Kiranya 1 masjid ambil masa 10 tahun. Lama tu. Kalau budak dah boleh masuk darjah 4.

Tapi yang aku pelik kenapa tokong siam dibina begitu banyak. Kelantan dah jadi serambi siam ke huhuhuhu

No comments: