Geng Bas Sekolah

February 19, 2011

Kempen Anwar Dilawan Habis Habisan

Fahaman pluralisme kini muncul sebagai ancaman terbaru di kalangan umat Islam di negara ini dan justeru mereka wajib menghindarkannya kerana ia jelas bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi mengekang pengaruhnya beliau mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama bertanggungjawab menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.

Beliau berkata, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.

''Apatah lagi sekiranya ada umat Islam yang membawa fahaman pluralisme. Perkara-perkara seperti ini mesti kita betulkan. Kita boleh hormat agama lain kita jangan hina agama lain.

''Namun dari segi akidahnya dan dari segi kebenarannya di sisi Allah tidak boleh disamakan dengan agama Islam,'' katanya ketika berucap pada merasmikan Multaqa Guru Takmir seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib berkata, selain fahaman pluralisme umat Islam turut terdedah dengan pengaruh liberalisme serta hindonisme yang jika dibiarkan boleh menyebabkan mereka terpesong daripada syariat serta akidah Islam.

Sumber: Utusan Malaysia

Semakin mengelupur pakcik Anwar sekarang. Sudahlah kes liwatnya semakin menunjukkan dia terlibat. Dan sekarang kempen ajaran pluralisme yang cuba dibawa olehnya turut ditentang habis habisan oleh umat islam di Malaysia.

Mungkin sebab tu dia hina sangat Malaysia ni. Sebabnya umat islam kat Malaysia tak terima kempen ajaran pluralisme dia.

1 comment:

hafiz said...

sokong...
Hapuskan Pluralisme...