Beliau berkata, perkara seumpama itu tidak akan berlaku jika pihak universiti memenuhi permintaan kumpulan pelajar tersebut supaya menyemak semula keputusan membatalkan kemenangan calon mereka.
Katanya, kementerian mengambil sikap berkecuali dalam hal itu namun mahu pilihan raya kampus menjadi gelanggang politik yang sihat dan menyuburkan idealisme mahasiswa.
''Saya juga kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan pelajar yang menyebabkan kerosakan harta benda awam. Namun saya percaya jika permintaan kumpulan tersebut dilayan, insiden sedemikian mungkin tidak akan berlaku.
"Pun begitu, saya memuji kesediaan dan keterbukaan Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Radin Umar Radin Sahadi bertemu dan mendengar aduan kelompok mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRK itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Utusan Malaysia
Ecehcehceh pandai pulak orang tua ni bermuka muka yek. Macamlah orang tak tahu siapa yang menjadi tok dalang disebalik semua kejadian ni. Siapa yang memandai mandai bagi pelajar berpolitik sampai menghancurkan masa depan negara? Siapa yang sokong pakcik Anwar sejak di MCKK?
Kalau nak kenal makluk mana yang menjadi punca huru hara ni, korang boleh lihat sendiri kat GAP (klik sini). Kat sini semua ada. Detail lagi kenapa makhluk ni perlu disingkir segera sebelum negara dijadikan tempat longgokan sampah sarap masyarakat.
1 comment:
Hebat..
Hahahaaha..
Skrg budak u mmg makin hebat..
Adoi..
Entry Terbaru: Tuan Direktor! Pilih Kasih Eh!!
Post a Comment