Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
February 6, 2011
Anwar Ibrahim Bakal DIkuburkan
Pakcik Anwar menerima tamparan hebat sekali lagi. Kali ini pengerusi PKR Sabah sudahpun meninggalkan parti berkenaan. Bertambah memalukan apabila pengurusi PKR berkenaan, Pajuddin Nordin masuk UMNO.
Perghh memang makan dalam tu. Seorang demi seorang orang kuat PKR malah kawan karibnya meninggalkan dia. Mereka semua tinggalkan dia dan partinya bukan kerana benci tetapi kerana sudah tahu sikap dan perancangan sebenar Anwar.
Bayangkan Ezam, seorang tokoh reformasi pada tahun 1998, yang pernah ditahan ISA kerana pakcik Anwar. Kini sudahpun tinggalkan dia kerana Ezam sudah kenal siapa SEBENARNYA pakcik Anwar ni. Kes liwat Saiful, Ezam sudah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Sebab itulah dia sanggup tinggalkan parti yang pernah diperjuangankannya suatu ketika dahulu.
Zulkifli Noordin, seorang peguam yang membela pakcik Anwar pada tahun 1998, juga meninggalkannya kerana kecewa dengan pegangan hidup pakcik Anwar. Pakcik Anwar sanggup menghancurkan agama islam hanya untuk menjadi perdana menteri.
Pakcik Anwar juga adalah seorang yang tidak boleh dipercayai. Segala janjinya hanyalah kata kata retorik. Yang tidak boleh dipakai langsung. Lihatlah sendiri apa yang jadi kepada penduduk dibawah negeri pakatan. Belum sampai setahun pilihanraya, habis rata Kg Buah Pala di P.Pinang. Sedangkan sebelum pilihanraya dahulu, pakcik Anwar sanggup datang memberi janji untuk menjaga Kg berkenaan. Tetapi sekarang?
Renung renungkanlah. Fikirlah siapa Anwar sebenarnya. Fikirkan apa kaitannya dia dengan tokoh yahudi zionis dan juga hubungannya juga dengan dunia gay. Allah s.w.t sudahpun tunjukkan kebenaran. Cuma tinggal kita saja untuk memikirkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
slm ziarah wahai sahabat
blog yg sgt menarik
harap dpt follow dan link blog saya kembali
http://panggungopera.blogspot.com/
badut: terima kasih
ank: terima kasih
Post a Comment