Minyak Ron97 sudah dinaikkan lagi sepuluh sen. Macam biasalah ramai orang akan berkerut dahi seolah olah naik sepuluh sen tu dah macam hilang 10 pahala diorang. Kenaikan harga minyak Ron97 dibuat kerana harga minyak dunia meningkat. Harga minyak mentah dunia sekarang adalah US$105 setong berbanding US$100 sebelum ini.
Sebenarnya kenaikan harga minyak ini tidak dirasai sangat kerana majoriti orang mengisi minyak Ron95. Jadi mereka yang bising bising soal Ron97 sebenarnya boleh dikategorikan sebagai penyibuk sahaja. Atau kata lain sebagai bahan penyedap parti pembangkang.
Mereka inilah sebenarnya yang dipergunakan oleh pembangkang sebagai kaldai tungangan. Jikalau pembangkang memerintah negarapun, mereka tetap akan menaikkan harga minyak sebabnya merekapun tahu harga minyak ini terikat dengan harga pasaran dunia. Memang tak boleh pusing mana dah. Hatta pakcik Anwarpun akan pusing belakang juga kalau sebut harga minyak ni hehehehe.
Teringat kata Tun Mahathir, orang Malaysia ni semua nak kaya tapi taknak tanggung kos hehehehe.
No comments:
Post a Comment