Geng Bas Sekolah

January 26, 2011

PAS Marah Lee Guan Eng?


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Dewan Pemuda Pas hari ini menyelar sikap bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang bertindak menyemarakkan dendam kesumat dan permusuhan terhadap Islam serta umatnya tanpa bersandarkan maklumat yang tepat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tuduhan Kuan Yew bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.

Beliau berkata, kenyataan itu juga jelas memperlihatkan tahap pemikirannya yang telah luput tarikh selain menggambarkan Menteri Mentor Singapura itu umpama seorang pejuang militan rasis sedang mengalami penyakit Islamophobia begitu parah.

''Biarpun telah lama hidup hampir dengan komuniti umat Islam, ternyata Kuan Yew masih gagal melihat secara positif bagaimana Islam dan umatnya menjalani kehidupan dan menyertai politik mahupun ekonomi.

Sumber: Utusan Malaysia

Uikss berani pula PAS menegur Lee kuan Yew. Tak takut ke brader Karpal Singh sekeh kepala. Kang tak pasal pasal Lim Guan Eng sound Nik Aziz. Maklumlah parti DAP adalah kembar kepada parti PAP Singapork. Kedua duanya ditaja oleh Lee Kuan Yew.

'Islam menyuruh kami bercakap benar, menunaikan amanah, menghubungkan tali kekeluargaan, berbaik dengan jiran, meninggalkan perkara yang haram dan meninggalkan pertumpahan darah.

''Islam melarang kami dari kekejian (zina), bercakap bohong, memakan harta anak yatim dan menuduh perempuan yang bersih dengan tuduhan zina,'' katanya.

Semua tu betul lah menurut islam tapi betul ke PAS ikut tu semua. Islam menyuruh umatnya bercakap benar tetapi PAS suka menipu memfitnah. Menghubung tali kekeluargaan tetapi PAS menolak perpaduan islam sebaliknya suka bersama kafir harbi DAP. Melarang berzina...Erk Mat Syabu dan Adun Selinsing tu apa hehehe.

PAS For ALL Auuuwww

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Aik...pelik bin ajaib...

Bukankah..n ajis tunjuk " thumbs up " semasa bergambar dengan LKY, napa hari ini hentam LKY plak.. Jaga2 nanti bos marah oii....

Jeepers Creepers said...

anon: biasalah politik..depan belakang dia sapu hehehe