Geng Bas Sekolah

January 11, 2011

Anwar Ibrahim Sudah Tua



Karier politik pakcik Anwar sudah hampir mencapai penamat. Diusia 64 tahun, sudah tiada apa lagi yang mampu dibuat oleh orang tua ini. Malah dia sepatutnya menumpukan sepenuh masa kepada amal ibadat dan anak cucu.

Cita citanya menjadi Perdana Menteri sudah patut dilupakan. Jawatan PM itu bukan dia seorang saja yang mahu. Dahulu KuLi juga mahu, Musa Hitam juga mahu malah KJ pun tak malu nak juga. Tetapi adakah cita cita mereka tercapai?

Bukan semua orang mendapat rezeki sebegini. Kalau sudah ditakdirkan sejak di Loh mahfuz bahawa dia tiada rezeki, apa lagi yang perlu dirunsingkan. Terima sajalah qadak dan qadar. Cukup memalukan disaat umur begini, masih kehulu ke hilir terjerit jerit membawa pelbagai cerita fitnah semata mata mahukan kuasa.



Zamannya sudahpun berlalu. Sudah lama sejak tahun 1998 lagi. Dan semuanya kerana salahnya sendiri. Kerana sikap rakus mengejar kekayaan, menyalahguna kuasa untuk kepuasan duniawi akhirnya Allah menarik kembali nikmat yang diberikan.

Parti PKR yang diasaskan untuk menegakkan keadilan untuknya kini sudah dilupai orang. Ini kerana rakyat sudah nampak bahawa keadilan sememangnya sudahpun tertegak untuknya. Dan segala hukuman yang dia terima berlandaskan keadilan.

Setiap ceramah yang diadakan sekarang sudah tidak lagi menarik minat umum. Sudah tiada lagi pengisian dan fakta. yang ada hanyalah teori teori kosong diputar belit. Hanya kata kata retorik madah pujangga ibarat seorang kasanova mahu memikat si gadis. Rakyat sudah muak dan jelak dengan kata katanya melainkan bagi orang yang tidak mahu berfikir menggunakan akal fikiran yang waras.

Kes liwat yang dhadapi pada umur 64 tahun, adalah sesuatu yang cukup mengaibkan. Mengapa disaat umur sudah melebihi separuh, dikala uban memutih, muka dipenuhi kedut dan kerut masih lagi terlibat dengan perkara tidak bermoral. Perbuatan paling terkutuk didalam sejarah manusia.

Tidakkah dia terfikir apa perasaan cucu cicitnya nanti apabila namanya disebut sebut sepanjang zaman sebagai seorang peliwat dan homoseksual. Tidakkah dia terfikir maruah keluarganya hancur lebur disebabkan perbuatan haramnya. Dimanakah maruah dan harga dirinya?



Anwar perlu bertaubat. Perlu sedar dan kembali ke pangkal jalan. Perbicaraan di mahkamah sudah jelas menunjukkan kesalahannya walaupun dia berhempas pulas mahu menggugurkan kes ini. Hanya menangguh kes sahajalah jalan yang ada padanya sekarang. Peguam kafir yang membantunya juga tidak mampu melepaskan dirinya dari segala kemelut sekarang.

Sudah tiba masanya Anwar melepaskan semua cita cita dan impiannya. Hadapilah hidup ini dengan kenyataan. Terimalah sahaja segala hukuman diatas kesalahan yang dilakukan sendiri. Berlapanglah dada menerima qadak dan qadar. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka sebelum malaikat maut datang mengambil nyawa.

2 comments:

masshie mastura said...

i xsuka anwar boleh tak?:P

Jeepers Creepers said...

masshie: boleh je..lagipun memang patut x suka hehehe