Geng Bas Sekolah

December 14, 2010

Sokong Pesalah Ikut Cara Anwar



JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang guru tuisyen di sini semalam, selepas disyaki melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat remaja lelaki berusia 17 tahun. Difahamkan, guru tuisyen berusia 30 tahun yang mengajar Matematik mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dengan mengulangi gangguan seksual.

Bagaimanapun, rahsia guru terbabit terbongkar selepas remaja berkenaan menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya kelmarin, sebelum membuat laporan di Balai Polis Skudai. Laporan polis itu turut mendakwa guru tuisyen terbabit melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwatnya dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Sumber: Berita Harian

Aku cadangkan supaya cikgu ni mendapat bantuan Karpal Singh untuk kesnya. Takkpun mintaklah tangguh kes, minta laporan perubatan mangsa ataupun minta hakim ditukarkan. Kalau mahkamah tak benarkan, cakap saja "Anwar Ibrahim boleh jadi mengapa saya tak boleh"

Selagi Anwar bebas selagi itulah semua pesalah boleh terus bebas.

No comments: