Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan baitulmuqdis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada kristian ortordoks timur yang berpusat di Empayar Bizantine.
Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu Al hakam menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menyeramak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.
Terdapat pelbagai Perang Salib di mana yang besar sebanyak sembilan kali. Perang Salib yang penting dan terbesar berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang Islam tetapi juga di Iberia dan Eropah tengah.
Sehinggalah hari ini perang salib masih berterusan. Di Afganistan dan Iraq perang salib masih berlaku cuma dengan nama dan bentuk lain sahaja. Umat islam masih diperangi terutama di Palestin.
Kenapa tiba tiba aku cerita pasal perang salib? Kalau nak tahu korang boleh klik sini, kat sini dan juga kat sini.
1 comment:
:) :) :)
terbaeekkk!!!!
Post a Comment