Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
December 3, 2010
Pengintip Asing Di Malaysia
MERSING: Kira-kira 500 penduduk Kampung Air Papan di sini resah dan bimbang dengan kehadiran sepasang warga asing dipercayai dari Switzerland yang menggunakan sebuah trak pelbagai guna bagi aktiviti yang tidak diketahui sejak lebih sebulan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Papan, Mohd Asri Jaafar, berkata kehadiran mereka amat menggusarkan penduduk apatah lagi pasangan itu mengusir sesiapa saja yang mendekati trak mereka.
Katanya, penduduk mula merasakan sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan yang tinggal di pantai rekreasi di jalan baru Air Papan-Tanjung Resang dekat kampung itu menunjukkan reaksi tidak senang hati setiap kali ada yang menghampiri trak mereka.
Difahamkan, trak pelbagai guna itu dipercayai dilengkapi pelbagai alat dan kemudahan canggih termasuk sistem radar, solar dan parabola yang dipasang pada kenderaan mereka sekali gus mendatangkan kebimbangan kepada penduduk tujuan sebenar mereka.
Kami merasakan seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan warga asing itu, jika tidak mereka tidak akan mengusir dan melarang sesiapa saja yang cuba mendekati trak mereka terutama pengunjung pantai yang seakan berminat untuk mengetahui perkara terbabit.
Sumber: Berita Harian
Apa lagi KDN. Pergilah siasat segera. Mana tahu mereka itu pengintip yang sedang mencari maklumat untuk menyerang Malaysia. Zaman sekarang ni kita tak boleh percaya sangat pada orang. Nak pula pada diplomat diplomat asing. Mereka ini semua boleh menjalankan kerja kerja risikan.
Maklumat rahsia Amerikapun boleh bocor inikan pulak maklumat Malaysia. Tahap keselamatan Malaysia ni amat menggelikan hati. Enjin jet pun boleh hilang dari simpanan TUDM hahaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
INILAH MASAALAHNYA ORG2 MALAYSIA,JIKA ORG ROMPAK UMAH KITA DAN KITA TAKDA BUAT REPORT POLIS TAU KE UMAH KITA KENA ROMPAK?KALAU MCM TU APA LG PEGI LA BUAT REPORT JIKA ADA ASAS&BUKTI.JGN MEREKA ITU BUAT MCM2 PERKARA YG TIDAK ELOK PADA NEGARA KITA.HAMBAT SAJA KELUAR DR NEGARA KITA.
Jabatan/Kementerian Malaysia ni, kerja mereka dalam silo - kata lain sorang sorang atau syok sendiri.
Imegresen kat sempadan tu nampak tapi tak heran.
Polis (termasuk polis trafik) nampak kereta tu dari sempadan tapi tak de langgar undang-undang so buat dek je.
Sampai kat Mersing, PBT kata cantik caravan tu ek.
Berita dlm surat khabar tu bukan laporan hanya berita. KDN kata tak de sape yg buat laporan complaint - so no action would be taken.
Inilah hakikat kehidupan kita kat Malaysia - entah bila mereka yg berwajib tu nak berubah kedepan. Yg penting bagi mereka adalah poket je.
Nani Cheras
anon: betul tu..pihak polis misalnya, sendiri boleh pergi siasat pasangan tu. mereka ada kuasa tetapi mengapa buat tak nampak sahaja.
Kadang-kadang dah repot pun, tapi agensi-agensi penguatkuasa buat bodoo je! jadi macamana? akibatnya di Malaysia ini penuh dengan PATI, dadah, pelacuran, jenayah dan sebagainya....!
tungkaran: itu betul juga. misalnya kes kematian penunggang motorsisakl mati dihempap tunggul kayu tempohhari. Sudah banyak repot dibuat pada DBKL tapi tiada tindakan diambil.
Post a Comment