Geng Bas Sekolah

December 2, 2010

PAS Sudah Bercelaru



"Larangan-larang tersebut jelas melarang Umat Islam mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin di dalam urusannya secara umum. Ketahuilah bahwasanya dengan melantik orang bukan Islam sebagai Perdana Menteri atau timbalannya seolah-olah menyerahkan urusan umat Islam kepada orang yang bukan daripada umat Islam.

Simbol pemerintahan Islam turut digadaikan dengan pelantikan orang bukan Islam sebagai pemimpin utama Negara Malaysia. Kita tidak menolak sekiranya kedapatan orang Islam dari bangsa lain yang menjadi Perdana Menteri atau timbalannya akan tetapi syaratnya mestilah dia Islam. Ini kerana di dalam Islam itu sudah lengkap dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam."

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Nampaknya PAS juga mengalami perpecahan dalaman. Kenyataan dan pendirian Nik Aziz sudah mula disanggah oleh mereka yang mahu berfikir. Nik Aziz rela islam dihapuskan dengan mengangkat Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Walaubagaimanapun adakah majoriti puak PAS dapat menerima kenyataan Nasrudin Tantawi ini? Didalam PAS sudahpun mempunyai golongan liberal seperti puak erdogan. Puak ini juga sebenarnya menolak Nik Aziz tetapi hanya menanti masa yang sesuai untuk membuang orang tua ini. Maklumlah mereka gunakan orang tua ini untuk menguasai PAS. Kalau dibuang sekarang, susahlah mereka hendak naik.

Dan apakah jawapan Nik Aziz untuk kenyataan yang dikeluarkan Nasrudin ini?

Aku rasa jawapannya macam selalu. Alasan klise mereka untuk menutup kelemahan adalah dengan mengeluarkan kenyataan "itu adalah pendapat peribadi sahaja. Tiada kaitan dengan pendirian parti PAS".

1 comment:

Bentaraguru said...

Assalamu'alaikum, sebenarnya Nik Aziz sudah mabuk kuasa hingga kini beliau bersetuju Lim Kit Siang menjadi TPM. Ramai pendapat bahawa Nik Aziz ini, kalau dia berkenan dengan seseorang, maka apa yang disuarakan tentu diperakuinya betul hingga kafir laknatullah.
Sebelum duduk kerusi Kota Darulnim, beliau mendakwa BN membazirkan wang rakyat, tetapi sekarang, "kata dulang paku serpeih, kata ke orang sekarang aku yang lebih".
Saudara dalam Pas, saya nak tanya mana lebih ilmu Nik Aziz dengan Datuk Dr. Harun Din ?. Cuba perhatikan, kata Dr. Harun, orang bukan Islam tak boleh baca, guna Al Quran, Nik Aziz kata boleh. Ustaz Mohd Nor Deris kata, Nik Aziz tak ada ilmu. Apa kata mufti Kelantan, Perak dll.
Perhatikan betul-betul dalam Al Quran mengingatkan umatnya supaya kamu jangan berpecah-belah, kelak hancur. Ambillah iktibar.
Sekiranya Nik Aziz bertekad menghapuskan ketuanan Melayu, maka dia hendaklah menyerah anugerah yang dikurniakan oleh KDYMM itu dan atau jemaah berkenaan menarik balik anugerah tersebut.