KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta campur tangan dalam menyelamatkan QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) daripada dijual oleh Johor Corporation (JCorp).
Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Dr. Ridhuan Tee Abdullah (gambar) berkata, usaha JCorp menyingkirkan Tan Sri Muhammad Ali Hashim melalui mesyuarat agung luar biasa yang bakal diadakan pada bulan depan juga perlu diberi perhatian serius.
Menurut beliau, campur tangan Najib perlu bagi melindungi kepentingan strategik milik orang Melayu di negara ini.
Beliau berkata, penjualan kedua-dua aset strategik milik JCorp bagi melunaskan hutang syarikat konglomerat itu sepatutnya bukan menjadi persoalan memandangkan nilai aset dan hartanya lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang.
‘‘DPIM memandang berat isu berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan orang Melayu secara khusus dan kepentingan Islam secara keseluruhannya.
‘‘DPIM difahamkan penjualan QSR dan KFCH adalah sasaran JCorp. Seperti yang disaksikan dalam pengalaman korporat, penjualan, termasuk pelucutan aset (asset stripping) adalah kaedah paling mudah, murah dan jalan pintas bagi sesiapa berminat untuk menjadi cepat kaya berlipat kali ganda.
‘‘Berikutan itu, sebarang usaha untuk melupuskan pelaburan tersebut memerlukan satu penelitian mendalam,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ridhuan berkata, pada akhir 2009, Kumpulan JCorp memiliki aset bernilai RM14 bilion dan usaha juga sedang dilaksanakan untuk membiayai semula pinjaman sedia ada dengan pihak bank.
‘‘Dengana adanya usaha strategik ini, JCorp tidak perlu melupuskan QSR atau KFCH, bukan sahaja melindungi kepentingan jangka panjang rakyat dan bangsa Melayu malah menyumbang kepada ekonomi negara dan agenda Melayu.
‘‘Agenda Melayu mempunyai kaitan dengan agenda Islam dan sekiranya syarikat yang dikuasai orang Melayu terus dirundung masalah, apakah yang akan berlaku kepada umat Islam di negara ini?’’ tambahnya.
Sumber: Utusan Malaysia
Satu persatu orang islam "diserang" di negara ini. Syarikat JCorp adalah syarikat anak negeri Johor. Syarikat milik orang islam. Nampaknya ada musuh dalaman yang mahukan JCorp ini hancur. Jika hendak dijualpun, dijual pada siapa?
Adakah ianya dijual kepada syarikat orang islam ataupun kepada orang kafir? Jika pada orang kafir, maka sah lah ada sesuatu yang tak kena.
Umat islam dinegara ini seharusnya bangun dan mengambil alih semua perniagaan di negara ini. Usah biarkan ekonomi kita dipegang oleh orang kafir jika mahukan umat islam terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment