Geng Bas Sekolah

December 23, 2010

Kerajaan Pakatan Kerajaan Zalim



KUALA LANGAT 22 Dis. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu diketuai pemilik premis berkenaan, K. Thiyagarajan dan turut dihadiri Pemuda MIC Selangor, Pemuda UMNO Kuala Langat dan UMNO Bahagian Kuala Langat.

Mereka membawa sepanduk antaranya tertulis 'Pakatan Rakyat Tindas Peniaga Demi Kepentingan Politik' dan 'MDKL, Ahli Majlis Larang Simbol 1Malaysia di Kuala Langat'.

Perhimpunan aman itu tamat selepas 10 minit mereka melaungkan perkataan 1Malaysia dan kemudiannya pemilik premis pergi ke MDKL bagi menyerahkan notis bantahan kepada Abdul Razak kira-kira pukul 1.30 petang.

Sumber: Utusan Malaysia

Kerajaan Selangor dibawah Khalid GapGap sudah mula berubah seperti kerajaan Junta Myanmar. Hari ini mereka menghalang logo 1 malaysia. Selepas ini mereka kan menyekat talian internet, bekalan air, elektrik dan semua akhbar kecuali akhbar mereka sahaja.

Semua sekolah akan ditutup kecuali sekolah tajaan mereka. Bahasa melayu akan dihapuskan dan diganti dengan bahasa inggeris serta mandarin. Azan akan dihalang manakala masjid serta surau tidak lagi mendapat peruntukkan.

Kerajaan Pakatan adalah kerajaan zalim. Menindas dan memeras ugut rakyat Selangor.

3 comments:

Jeffry said...

DULU SKET HARI DIORANG TAKUT DGN BTN. SKANG NI TAKUT DGN 1M'SIA PLAK. AKAN DTG TAKUT DGN BAYANG2 SENDIRI KEHKEHKEH

YB Raz said...

hehehehe

Anonymous said...

heeee..klaka aku tgk korang...poliyikus drama sialan!!!!poltik=drama...politik=wang,politik=budak2...krn semua itu umat islam berpecah!!!