Geng Bas Sekolah

December 16, 2010

Kerajaan Negeri Selangor Zalim


SHAH ALAM 15 Dis. - Kerajaan negeri akan menarik lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) ekoran keengganan syarikat itu mematuhi arahan menghentikan program Tabung Budi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya kini menunggu masa yang sesuai untuk mengambil tindakan tersebut melalui mahkamah.

Beliau berkata, tempoh selama 14 hari yang diberikan kepada Syabas untuk menghentikan program Tabung Budi telah tamat pada 6 Disember lalu dan pihaknya masih belum mendapat jawapan daripada syarikat itu.

"Kini kita ada sebab boleh tarik lesen Syabas. Kita hanya tunggu masa yang sesuai untuk pergi ke mahkamah.

"Kita akan tunjukkan kepada mahkamah yang Syabas tidak ikut arahan kerajaan negeri.

"Kita tak mahu mereka buat kerja kebajikan. Tugas kebajikan biar kerajaan negeri yang buat," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini petang ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Kejam sungguh kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Khalid GapGap. Hanya kerana tidak dapat menguasai syarikat SYABAS, Khalid sanggup menghalang syarikat SYABAS membantu orang orang miskin.

"Kita tak mahu mereka buat kerja kebajikan. Tugas kebajikan biar kerajaan negeri yang buat,"

Tetapi apa kebajikan yang dibuat oleh kerajaan PKR Selangor? Membantu anak yatim? Menyediakan rumah PPRT untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah? Memberi air percuma sedangkan ianya dibayar menggunakan duit rakyat?

Sesungguhnya tiada kebajikan melainkan kejahatan sahaja yang buat oleh kerajaan PKR Selangor. Pusat pelacuran dibuka semakin banyak, pasir Selangor dicuri dan dihantar ke Singapork, penyelewengan PKNS, nak guna duit zakaf diberi kepada korni kroni DAP.

Bersiap sedialah menyimpan air wahai penduduk Selangor kerana orang ini hendak menjadikan negeri Selangor sebagai negeri kemarau.

2 comments:

Anonymous said...

KHALID NAK TUNJUKK KUKU LA TU SELEPAS DIA X BLEY NAK TUNAI JANJI NK BG AIR FREE KAT RAKYAT. MB KUKU BESAI TUUUHH!! HARKKK PTUIHHH!!

Jeepers Creepers said...

hehehehe