Geng Bas Sekolah

December 17, 2010

Pluralisme Fahaman Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ahli politik yang menjadikan fahaman pluralisme agama sebagai senjata untuk menarik sokongan bukan Islam telah melakukan satu kesalahan yang amat besar kerana ia boleh merosakkan akidah.

Malah tindakan mereka itu jika dibiarkan boleh menyebabkan kedudukan Islam di negara ini terjejas kerana akidah yang selama ini menjadi tunjang serta asas kepada agama telah dimusnahkan.

Sehubungan itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mahu rakyat menolak kepimpinan ahli-ahli politik seperti itu agar kesucian Islam di negara ini terus terpelihara.

"Saya bercakap bukan atas dasar sentimen tetapi atas dasar seorang Islam yang terlalu sayangkan agamanya. Saya tidak mahu Islam di Malaysia rosak akibat wujudnya pemimpin-pemimpin yang seperti ini.

"Tidak salah untuk menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong mana-mana parti tetapi bukan ini caranya. Cara ini amat bahaya kerana ia amat berkaitan dengan persoalan akidah. Fahaman pluralisme agama boleh merosakkan akidah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Menjadi kewajipan ke atas semua umat Islam menolak pemimpin yang berpegang kepada konsep 'matlamat menghalalkan cara.' Ini tidak betul kerana Islam tertakluk kepada hukum-hakam serta syariat yang telah ditetapkan seperti mana termaktub di dalam al-Quran, al-Hadis dan sumber-sumber hukum lain,'' katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai kecenderungan Pas menjalinkan hubungan dengan ahli politik seperti itu, Nakhaie berkata, parti itu bukan dipimpin oleh orang agama sebaliknya orang politik.

"Bila disebut orang politik ia bermakna mereka tetap bermain dalam permainan yang serupa, sama seperti rakan-rakan sekutu politik mereka. Matlamat mereka hanya pengaruh dan kuasa.

"Oleh itu, tidak hairanlah fatwa mereka boleh berubah-ubah. Dahulu mereka kata haram berkawan dengan orang kafir tetapi bila kena pada Pas, mereka bolehkan pula,'' katanya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia

Hurmm siapalah pemimpin poltik tu yek. Pakcik Anwar atau Nik Aziz hehehe

3 comments:

Mordecai Kucai said...

Maksud Al Quran:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian. Dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kalian. Dan Aku ridha Islam menjadi agama kalian.” (Al- Maidah: 3)

Kitab mana yang mereka rujuk?

Kalau ini pun di pesongkan maka liwat adalah umpama berjabat tangan saja.

Kerana Anuwar nak menghalalkan liwat. Supaya hati dia tenang. Supaya dia rasa dia pun berpeluang Shurga walaupun ada dosa liwat dan dosa jenayah liwat.

Di samping dia pun nak bagi tau semua orang nabi Muhammad salah faham dalam menerima wahyu Allah.

Anwar nabi baru? Tuhan tak sezalim yang ditulis dalam Al Quran?

Sekarang Anwar nak menghalalkan macam macam supaya dia sealamat dalam perjalanan ke akhirat sepertinya apa dia buatnya dalam perjalanan mimpinya ke Putera Jaya.

Dia cuba menggadai kita semua sekali lagi untuk masaalah peribadinya. SEkalipun sampai memainkan hal hal ugama.

Mungkin Anwar dah gila. Orang yang mengetahui tetapi tetap melanggar hukum Allah pasti lebih teruk balasannya dari orang yang tidak berilmu tentang sesuatu.

Jeepers Creepers said...

Hann: biasalah orang politik.

Anonymous said...

sumber:utusan malaysia..
bleh dipercyai ke sumber ni?