Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
December 4, 2010
Kerajaan Bakal Bungkus PRU 13
Kali ini kenaikan harga minyak dan gula bukan setakat disuarakan oleh blogger pembangkang sebaliknya turut dikecam hebat oleh blogger pro kerajaan. Media Permatang Pauh telah membuat spekulasi mengapa gadis melayu sekarang tergila gilakan jantan import. Rupanya ianya berkaitan dengan tabiat pak menteri yang suka bandingkan harga barangan Malaysia dengan barangan import klik sini.
Sementara itu Pisau.Net telah mengecam tindakan pihak pihak tertentu yang tidak berfikir secara rasional. Apakah dengan kemenangan di Galas dan Batu Sapi membuatkan mereka sewenang wenangnya menaikkan harga minyak dan barangan runcit klik sini
Baru beberapa hari lepas, Utusan Malaysia menyiarkan tentang blogger yang menyokong kerajaan selama ini. Dan apa akibatnya sekiranya blogger blogger ini menukar haluan daripada menyokong aspirasi kerajaan?
Sudah tentulah buruk akibatnya. Para blogger bertungkus lumus cuba memulihkan imej kerajaan tetapi rupanya ada segelintir orang didalam kerajaan tidak memahami situasi kini. Mereka sewenang wenangnya membuat keputusan mengarut dikala emosi dan ekonomi rakyat masih lagi terjejas.
Nampak gayanya kali ini para blogger terpaksa mengajar mereka supaya lebih bersimpati dengan nasib rakyat dan kembali waras akal mereka. Mungkin di PRU 13 nanti adalah tempat yang sesuai. Apa kata semua?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehehe
Petrol naik...PRU 13 lambat lagi...
Namun menurut rakan teman seorang kakitangan kerajaan, harap lepas ni jgn ada apa-apa lagi dasar yg menyebabkan penjawat awam menyampah dengan kerajaan, PTK dah elok dimansuhkan jangan diganti dengan sistem yg lebih susah! jika tidak ramai penjawat awam akan swing pada pembangkang...so fikir-fikirlah yer nak kekal kuasa atau nak syok sendiri!
megat: mereka yang membuat dasar kerajaan ni sebenarnya bangang juga..entah macam manalah mereka boleh mendapat jawatan tu.
Post a Comment