BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.
''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.
''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Lawak lah menteri ni. Selepas ni suruh pula rakyat carigali sendiri minyak kalau nak jimatkan minyak hahahahaha.
2 comments:
Salam bro... Ada betulnya jugak...
Masih ingat skim "buku hijau" zaman Tun Hussein On dulu???
Ia boleh mengurangkaan import negara terutamaanya sayur2an, lada merah dan lain2...
Untuk mereka yang ada halaman lah... Kalau dok flat tanam dalam poly back pun boleh...
isac: maaf saya x sempat dengan zaman Tun Hussein On. Ya saya akui ada benar katanya tetapi harap dia adalah juga perancangan lain.dan jalankan kerja penguatkuasaan untuk membanteras peniaga yang degil. jangan sekadar hangat hangat tahi ayam sahaja.
Post a Comment