Geng Bas Sekolah

December 9, 2010

Anwar Memang Anugerah Tuhan Untuk Rakyat Malaysia



KUANTAN: Polis menahan seorang pekerja ladang warga Bangladesh, kelmarin selepas disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di belakang sebuah surau, di ladang kelapa sawit Bukit Putri, Sungai Koyan, dekat Kuala Lipis, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, lelaki berusia 27 tahun yang sudah dua tahun bekerja di ladang berkenaan dikatakan datang ke rumah kanak-kanak terbabit dan mengajak mangsa berjalan-jalan.

Difahamkan, tanpa mengesyaki niat buruk, ibu mangsa berusia lingkungan 40-an mengizinkan anaknya itu mengikut lelaki terbabit sebelum mangsa pulang semula ke rumahnya kira-kira setengah jam kemudian dalam keadaan menangis.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata ibu mangsa yang mengesyaki sesuatu berlaku kemudian mendesak anaknya menceritakan kejadian sebenar.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes Lain
MUAR: Seorang budak lelaki Tahun Enam mendakwa diliwat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ketika mangsa bersama beberapa rakannya baru selesai mandi sungai dalam kejadian di tepi Sungai Payamas, Tangkat, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 12 tahun murid Sekolah Kebangsaan Ledang, di sini, bersama lima rakannya dikatakan baru selesai mandi sungai dan menaiki tebing untuk pulang ke rumah apabila tiga remaja lelaki menahan mereka.

Kumpulan budak lelaki itu dikatakan mandi di sungai sejak kira-kira jam 11 pagi dan meninggalkan basikal di tebing sungai. Difahamkan selepas melihat lelaki itu, rakan mangsa menjerit supaya lari kerana mereka sering diusik lelaki berkenaan.

Berita Harian difahamkan, rakan mangsa sempat melarikan diri dengan basikal tetapi mangsa ditahan lelaki berkenaan. Seorang daripada lelaki itu kemudian mengarahkan mangsa turun ke dalam semak di bawah tebing sungai sebelum meliwat mangsa, manakala dua lagi rakannya dikatakan menunggu di atas tebing.

Berikutan kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tangkak, kira-kira jam 6 petang.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, untuk rawatan.
Dia kini ditempatkan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan berikutan kejadian itu, dubur mangsa mengalami pendarahan dengan terdapat kesan koyakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Daud Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Kes Lain
PETALING JAYA 6 Feb. - Hanya mereka yang bernafsu binatang sahaja sanggup membunuh seorang bayi secara kejam.

Baru berusia lima bulan, bayi malang yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat oleh manusia berhati binatang.

Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.

Bayi malang itu pada mulanya dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati anak mereka dalam keadaan 'nyawa ikan' pada kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, bayi itu disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Menurut laporan doktor, terdapat kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu, termasuk kesan diliwat," katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Arjunaidi, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.

Kes Anwar
Mohd Saiful Bukhari bin Azlan menurut laporan polis menyatakan dia telah beberapa kali diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara paksa. Menurut Saiful kejadian terakhir telah berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, Kuala Lumpur.



Apa bezanya kes Anwar berbanding kes kes lain? Dan mengapa hanya hanya Anwar saja yang mendapat layanan khas seperti tidak dimasukkan kedalam lokap, boleh keluar negara sesuka hati, boleh menangguh kes sesuka hati malah boleh mempertikaikan kelayakkan hakim untuk kesnya.

Beginilah sistem keadilan di Malaysia. Apabila orang biasa dihadapkan ke mahkamah, dia dilayan dengan erti kata penjenayah. Tetapi apabila melibatkan orang kenamaan, dia dilayan bagaikan VVIP.

Mungkin benarlah kata Wan Azizah, Anwar Ibrahim adalah Anugerah Tuhan untuk rakyat Malaysia. Sebab itulah dia bebas berbuat apa sahaja walaupun dia menghadapi tuduhan liwat.

No comments: