Geng Bas Sekolah

November 3, 2010

Nik Aziz Dan Rasuah?

Baru baru ni heboh dikatakan Nik Aziz memberi rasuah kepada orang asli. Banyak blog memainkan isu ini. Aku pula pada mulanya malas nak masuk campur spin cerita ini. Jadi aku hanya memerhatikan dahulu cerita sebenar.

Mengikut cerita Harakahkahkah, Nik Aziz islamkan 3 orang asli di Kampung Sandrop.









Inilah gambau yang disiarkan oleh pihak PAS. Hanya gambau Nik Aziz mengislamkan 3 orang asli ini tadi.

Manakala gambau dibawah disebarkan oleh blogger lain mengenai duit rasuah kepada orang asli berkenaan.







Pada pendapat peribadi aku, mungkin Nik Aziz tidak memberikan rasuah sebaliknya hadiah atau saguhati kepada saudara baru. Saudara baru dibenarkan mendapat bantuan zakat. Jadi adakah wang zakat itu dikategorikan sebagai rasuah?

Sumbangan atau hadiah kepada saudara baru tidak ditegah malah digalakkan sebagai perhargaan kepada mereka. Ini juga menunjukkan kita menerima mereka sebagai saudara baru kita.

Lagipun dilaporkan Nik Aziz hanya memberi wang berkenaan kepada 3 orang saudara baru sahaja. Bukannya kepada seluruh penduduk kampung. Jadi adakah itu dikatakan rasuah?

Sebenarnya banyak benda kita boleh simpulkan melalui sekeping gambau. Ingatlah sekeping gambau memberikan 1001 satu pengertian.

Memang banyak dosa puak PAS kepada kita. Mereka menuduh kita memberi rasuah dan pelbagai tohmahan jahat. Tetapi itu tidak menghalalkan kita untuk menuduh mereka kembali. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Biarlah mereka terus menuduh kita dan kita serahkan semuanya kepada Allah s.w.t. Sekiranya tuduhan mereka tidak benar, maka kebenaran akan tetap menyebelahi kita insyaallah.

No comments: