Geng Bas Sekolah

November 3, 2010

Kerajaan Pakatan Kerajaan Zalim

KUALA LANGAT 2 Nov. – Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

Sumber: Utusan Malaysia

Aku sambut baik cadangan ini. Yelah buat apa mereka menerima duit daripada kerajaan BN sedangkan mereka menyokong kerajaan zalim pakatan. Dan aku cabar semua penjawat awam di negeri bawah pemerintahan BN yang menyokong kerajaan zalim Pakatan supaya meletakkan jawatan serta merta.

Kan haram bekerja dan menerima gaji yang dibayar oleh kerajaan BN.

So nak tunggu apa lagi. Berhentilah sekarang. Nik Aziz juga patut memulangkan semua duit yang diberi oleh kerajaan Pusat. Selepas ini jangan meminta apa apa bantuan lagi daripada kerajaan Pusat kerana HARAM.

Bodoh punya PAS

No comments: