Geng Bas Sekolah

November 2, 2010

Melayu Buat Semua Salah, Cina Buat Semua Betul

Keadaan di negara ini memang sukar hari ini. Mungkin Malaysia patut ditukar kepada Cinasia sahaja. Apa sahaja orang Melayu buat semua salah kalau tidak menguntungkan kaum Cina. Tapi apa yang Cina buat semua tidak salah biar pun mencabar perkara-perkara di dalam Perlembagaan Negara.

Semalam Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mendesak diambil tindakan ke atas Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) yang dikatakan mengucapkan perkataan-perkataan perkauman dalam satu perjumpaan tertutup dengan Puteri UMNO Malaysia.

Jika ada ucapan yang menghina mana-mana kaun maka sewajarnya tindakan diambil. Soalnya mengapa Chua Soi Lek tidak pula mengecam wartawan berbangsa Cina dari Malaysian Insiders tersebut yang memakai tudung menyamar sebagai Puteri UMNO.

Adalah jelas penganjur telah menyatakan bahawa program tersebut merupakan program tertutup. Apakah bukan satu kesalahan menyamar sebagai ahli Puteri UMNO dan kemudiannya melaporkan dalam portal Malaysian Insiders kenyataan-kenyataan dalam program tertutup tersebut?

Tiada sepatah perkataan pun kecaman daripada Chua Soi Lek terhadap sikap tidak beretika wartawan berbangsa Cina tersebut. Apakah suatu hari nanti kalau kita berkata sesuatu dalam rumah sendiri pun apabila dilaporkan oleh portal berita yang tidak beretika dan bertanggungjawab maka kita yang salah?

Apabila ramai orang Melayu menjadi kakitangan kerajaan maka MCA sibuk membuat komen kononnya ratio kaum tidak adil dalam kerajaan. Apakah ini bukan perkauman? Kalau sudah kaum Cina tidak fasih berbahasa Melayu yang merupakan bahawa kebangsaan negara adakah layak mereka menyertai perkhidmatan awam?

Sekarang dituntut pula disediakan pegawai yang boleh berbahasa Mandarin dalam kerajaan kerana ada orang cina tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Cina juga betul.

Tapi apabila syarikat Cina mengiklan kerja kosong berasaskan kebolehan berbahasa mandarin tidak pula dianggap perkauman.
Majoriti wartawan The Star terutamanya jawatan-jawatan tertinggi berbangsa Cina apakah ini bukan perkauman? Boleh Chua Soi Lek nyatakan berapa ramai Melayu dalam jawatan kanan editorial The Star?

Apabila Perkasa bercakap soal hak orang Melayu dan Bumiputera, mereka dituduh rasis. Tapi apabila pertubuhan Cina menolak sekolah satu aliran dan mempertahankan sekolah aliran Cina tidak pula dianggap rasis?

Lihat sahaja produk sekolah Cina seperti Namwee yang penuh dengan sikap rasis, kurang ajar dan tidak mampu berbahasa kebangsaan. Tidak pula dikecam oleh pemimpin Cina baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat.

Pernahkah mana-mana pemimpin Cina mengecam Akhbar Cina yang melakukan pembohongan, kenyataan rasis dan anti-kaum bumiputera? Tidak ada.

Pernahkan mana-mana pemimpin Cina mengecam kaum Cina yang mengeluarkan perniagaan mereka, harta benda yang mereka perolehi di negara ini di bawa ke Singapura, Hong Kong dan China sebagai tidak patriotik? Tidak ada.

Hakikatnya di negara ini hanya Cina Islam sahaja boleh dipercayai kesetiaan mereka. Kaum Cina yang lain boleh diragui jika mereka ada peluang yang lebih baik di negara lain. Apakah kenyataan ini juga akan dianggap berbaur perkauman berbanding makian Namwee ke atas seorang guru wanita Melayu Islam?

Nampaknya di Malaysia ini semua Cina buat betul, apa yang kaum bumiputera buat semua salah biarpun hak-hak mereka dijamin oleh perlembagaan.

Siapa yang rasis? Bumiputera yang mahukan hak mereka dikekalkan mengikut Perlembagaan seperti mana orang Cina mahukan hak warganegara mereka dikekalkan? Atau orang seperti Chua Soi Lek, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng yang mahukan hak warganegara yang diperolehi melalui kemerdekaan dikekalkan tetapi hak bumiputera melalui cara yang sama dihapuskan.

Sumber: mykmu.net

Atau kepala pemimpin melayu sudah tak betul?

2 comments:

Anonymous said...

hmmm.. utk difikir-fikirkan, mengapa Melaka dulu jatuh ketangan penjajah Pertugis..

Sejarah terus berulang-ulang, walaupun orang tidak suka sejarah dan yg lebih hebat lagi sejarah nak di tukarnya.. hmmm

Sam2010

Anonymous said...

Tak payah dengarlah ucapan pelakon blue tu.