Geng Bas Sekolah

November 9, 2010

Anwar Diugut Akan DIliwat Oleh Penyokong PKR


Calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub memberi amaran pihaknya akan mengambil yang lebih tegas 'demi mempertahankan prinsip keadilan' sekiranya desakan supaya pemilihan PKR 2010 diberhentikan dalam tempoh 48 jam, tidak diendahkan."Pemilihan kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010.

Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, hari ini, beliau dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat (JPP)."Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan perlembagaan parti dalam Kongres Khas Jun 2009.

Baca Selanjutnya disini Azli Shukri

No comments: