Geng Bas Sekolah

October 11, 2010

Ustaz Azizan Lebih Rasional


ALOR SETAR 10 Okt. - Sekumpulan ahli Pas hari ini menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang berkuatkuasa 1 Oktober lalu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kumpulan yang bertindak atas nama Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air itu berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman.

Wakil kumpulan itu, Abdullah Hashim berkata, memorandum tersebut mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat di negeri ini khususnya golongan miskin.

Katanya, Menteri Besar juga diminta supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat.

Mereka juga mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan kerana gagal memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah apabila tarif air dinaikkan antara 25 hingga 44 peratus.

Turut sama dalam bantahan itu ialah bekas Setiausaha Kerja Pas Kedah, Md. Noor Abd. Rahman dan bekas Ketua Pemuda Pas Kedah yang juga bekas Setiausaha Pas Kawasan Jerai, Mohd. Najib Fahami Yahya.

Sementara itu, Azizan ketika mengulas mengenai bantahan itu mengakui tindakan tersebut dilakukan oleh ahli Pas dan tidak didalangi oleh parti lawan.

Bagaimanapun kata beliau, tindakan tersebut tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli lain kerana kumpulan tersebut dikenali sebagai golongan yang sering menimbulkan masalah sehingga ditolak oleh kepimpinan Pas di kawasan berkenaan.

Sumber: Utusan malaysia

PAS Kedah bergolak apabila corak pentadbiran DS Azizan ditolak oleh pengikut PAS sendiri. Keputusan untuk menaikkan tarif air ditolak kerana dikatakan membebankan rakyat. Sememangnya masalah air sudah menjadi barah buat rakyat Kedah.

Kerajaan BN dahulu juga gagal menyelesaikan masalah air di Kedah sejak dahulu lagi. Tiba tiba semasa pemerintahan PAS, tarif air mahu dinaikkan sedangkan masalah air tidak diselesaikan terlebih dahulu. Sudah pastilah sesiapapun akan mengamuk kalau kena begini.

Walaubagaimanapun, aku puji ustaz Azizan ni kerana beliau tidak terpengaruh dengan dotrin pemikiran Nik Aziz yang gila. Malah beliau sendiri mengaku corak pentadbirannya adalah berbeza kerana Kedah adalah kedah dan bukannya Kelantan.

Bukan seperti pemimpin pemimpin PAS lain yang gila kuasa dan busuk hati. Ustaz Azizan sendiri mengatakan kumpulan PAS yang menghantar memorandum itu tidak didalangi oleh UMNO. Cuba kalau Nik Aziz, Mat Syabu, Husam dan pemimpin lain berada ditempat ustaz Azizan, sudah pasti cepat saja mereka menuduh kumpulan ini adalah orang UMNO.

Kita tunggu laporan kitab harakahkahkah. Adakah kitab itu akan menyebut kumpulan ini orang UMNO?

2 comments:

Jeffry said...

YG X SYIOKNYE BILE MB GELENG2 NI MASIH X NAK MENGAKUI KELEMAHAN SENDIRI DLM PENGURUSAN PENTADBIRAN HINGGA TERPAKSA MENGELENG KEPALA SAMPAI SAKIT TENGKOK HUHUHU

YB Raz said...

biasalah orang pegang kuasa..tgklah nik aziz sendiri macam mana hahaha