SEREMBAN 11 Okt. – Kementerian Pengangkutan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dalam usaha memperhalusi undang- undang lalu lintas ke arah menjamin keselamatan pengguna jalan raya di negara ini.
Menterinya, Datuk Kong Cho Ha berkata, langkah itu selari dengan hasrat kerajaan dalam memperketatkan peraturan jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini.
“Pindaan akta ini juga termasuk memberikan kuasa kepada pegawai penguatkuasa JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk mengambil tindakan terhadap pemandu yang mengambil dadah,” katanya.
Cho Ha berkata demikian pada sidang akhbar di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini sebagai mengulas tragedi kemalangan ngeri yang mengakibatkan 12 orang terbunuh termasuk 40 tercedera di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka semalam.
Sumber: Utusan malaysia
Pindahlah berpuluh kalipun, sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berubah maka tidak akan berhasil apa apa. Semuanya terletak didalam diri manusia itu sendiri. Walaupun diberi bas baru, jalanraya yang baik tetapi jika pemandunya tidak mempunyai kesedaran maka kemalangan maut akan terus berlaku.
No comments:
Post a Comment