Geng Bas Sekolah

October 14, 2010

PKR Parti Keluarga Rosak



Semalam cakap lain.., hari pula cakap lain. Semalam kata tak boleh.., tup tup hari ni boleh pulak. Pemilihan paling demokrasi apanya macam ni Anwarrr?

Semalam punyalah riuh didalam kem PKR mengatakan bahawa Nurul Izzah tak boleh bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR disebabkan masalah teknikal.

Kononnya Nurul Izzah hanya dapat satu pencalonan saja dan tak memenuhi syarat-syarat untuk bertanding. Tarikh akhir pencalonan katanya pada 10 Oktober, muktamad.

Tapi hari ni tiba-tiba saja Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR umumkan bahawa Nurul layak bertanding selepas keputusan Biro Politik parti malam tadi bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah.

Sumber: Media Permatang Pauh

Biasalah bapak borek anak rintik. Tak kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sudah terang lagi bersuluh PKR amalkan politik keluarga. Lagipun ini cuma permainan politik pakcik Anuar. Tak kisahlah sama ada kak Zah ni menang atau kalah. Kalau menangpun anak sendiri juga. Bukan anak orang lainkan.

1 comment:

Anonymous said...

PKR ni parti anak beranak. Lebih kurang macam parti Tupperware lah. Bapa jadi Ketua Umum, Mak jadi Presiden, anak bakal jadi Timbalan Presiden. Madu Anwar si Azmin jugak yg bakal melopong....