KEPUTUSAN Datuk Seri Utama Rais Yatim membuat laporan kepada polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan diambil ke atas blogger ternama Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky's Bru, memperlihatkan kegusaran Rais.
Bukan sahaja Rocky menjadi sasaran kegusaran Rais, seorang lagi blogger Zakhir Mohamad serta pengendali blog Taikor and Taikun tidak terkecuali.
Kemarahan Rais timbul daripada laporan mereka yang menyatakan terdapat cakap-cakap yang anaknya mendapat kontrak satu projek yang dikendalikan oleh kementeriannya.
Memang Rais berhak merasa kecil hati jika laporan itu tidak benar. Ini berkaitan dengan kredibilitinya.
Tetapi cara mana marah itu mahu disalurkan juga tidak kurang pentingnya kerana Rais seorang Menteri dari UMNO dan jurublog-jurublog yang menyakitkan hatinya terdiri daripada mereka yang bersimpati dengan UMNO dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Adalah menyedihkan bagi seorang menteri yang memegang portfolio penerangan terpaksa menggunakan saluran undang-undang untuk menebus kredibilitinya, sedangkan dia diharapkan berkemampuan menangani seribu satu kecaman dan kritikan melalui saluran penerangan.
Tindakan Rais menggunakan saluran undang-undang dalam menangani kritikan atau kecaman, menimbulkan persoalan.
Yang lebih membingungkan ialah ketangkasan SKMM untuk bertindak ke atas jurublog-jurublog ini yang "kesalahan" mereka hanyalah berkongsi dengan umum tentang apa yang sedang diperkatakan mengenai anak Rais.
Apa yang ditulis oleh jurublog-jurublog itu amat mudah untuk disanggah oleh Rais sendiri. Beliau hanya perlu memperlihatkan dokumen kontrak yang dipertikaikan dan jika anaknya tidak terbabit, Rais akan keluar dengan berbau harum.
Adakah SKMM hanya akan bertindak dengan tangkas terhadap jurublog-jurublog yang selama ini mempertahankan kepentingan Melayu?
Tetapi apabila berhadapan dengan anasir-anasir perkauman seperti Namewee, Kathy Lim serta pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang secara terbuka memaki hamun Melayu dan menghina Islam, SKMM tidak mampu bertindak pantas dan tegas?
Apakah cuma nama Rais yang perlu dipertahankan sedangkan agama Islam, bangsa Melayu serta maruah kepimpinan UMNO boleh dihina dan dikeji sesuka hati tanpa perlu laporan polis dan tindakan daripada SKMM?
Jika ada tindakan diambil sekalipun, ia lesu dan lembab sedangkan SKMM pasti sedar bagaimana marahnya orang Melayu terhadap blog-blog serta portal berita yang saban hari menghina Melayu dan mengeji Islam, jika tidak melalui berita, melalui komen-komen yang dikeluarkan.
Kerana itu, tindakan Rais dan SKMM terhadap Rocky dan jurublog-jurublog lain di atas isu ini tidak harus berlaku. Bagaimanapun ia telah terjadi dan Rais serta SKMM harus mencari jalan menyelesaikannya dan menjernihkan kekeruhan tersebut.
Jika tidak banyak lagi 'jambatan' yang akan terbakar dan Rais tidak akan mampu memadamkannya.
SHAMSUL AKMAR
Kuala Lumpur
Sumber: Utusan Malaysia
Dalam hal ini, aku rasa pihak blogger ada juga salahnya. Sebenarnya banyak cerita didalam internet ini yang tidak pasti kebenarannya tetapi cerita pakcik Anuar tu banyak yang betul hahaha.
Tetapi blogger juga berhak rasa sangsi dengan cerita mengenai anak DSU Rais yang mendapat projek yang dikendalikan oleh kementeriannya. Maklumlah cerita kroni mendapat projek bukanlah cerita baru. Cerita macam ni dah bermula sejak selepas merdeka lagi.
Untuk menyelesaikan masalah ini, blogger dan DSU Rais haruslah bersemuka dan berbincang elok elok. Jernihkan semula kekeruhan sebelum berlarutan. Perangai SKMM juga patut dipertikaikan.
Mengapa ketika orang melayu, agama islam dan negara dihina, mereka tidak berbuat apa apa. Tetapi dalam hal DSU Rais ini, cepat pula mereka membuat kerja. Nampak sangat SKMM ini kaki bodek.
3 comments:
Setuju bro.... itulah yang sebaik-baiknya.... banyak lagi perkara-perkara lain yang patut blogger's lakukan.... kalau kita lihat kepada blogger's pro pembangkang, mereka langsung tidak mahu menyentuh segala keburukan kepimpinan mereka, malah tok guru dapat sponser berjuta-juta pun mereka tetap pertahankan....
Tapi apa nak dikatakan, bloger kerdil macam koi ni lagilah pulak kalau nak beri pandangan...
yg gambi: kalau kita tak sentuh keburukkan pemimpin, tu tandanya kita tak mahu menegur mereka. ada masanya kita perlu menegur sekiranya pemimpin membuat salah.
cara pengikut pas tu taklid membabi buta namanya ataupun asobiyah.
perbuatan tu tak elok. tapi kita nak menegur pemimpinpun ada caranya juga.kalau cerita benar tak mengapa. tapi kalau cerita tu tak betul, sudah menjadi fitnah.
dalam kes dsu rais ni, sepatutnya berbincang elok2. blogger dah postkan, kira sudahlah. dsu rais sepatutnya memanggil blogger dan jelaskan perkara sebenar. selepas itu minta blogger siarkan maaf secara terbuka melalui blognya.
cara itu lebih baik untuk kedua dua belah pihak.
ada game lah ni....gua dah nampak...
nasihat aku kita jangan layan ISU ni dan elok kita Fokus PRK dan PRU.
kita polong tak bertuan dan bukan di bela oleh sesiapa. so harap semua faham
roger
Post a Comment