KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras kegiatan muat turun lagu atau rakaman video secara percuma selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika perlu, sekatan terhadap beberapa laman web tertentu yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma juga akan dilakukan.
Bagaimanapun, kata Ismail Sabri, segalanya bergantung kepada kelulusan pindaan Akta Hak Cipta 1987 yang dibentangkan bersama tiga akta lain di Dewan Rakyat nanti.
Sumber: Utusan malaysia
Sialnya berita ni. Pagi pagi dah buat aku menyampah. SKMM ni benda lain tak dibuatnya. Benda ni pulak disibuknya. Cerita pasal paderi hina islam apesal terus senyap? Nawawee hina melayu dan islam dalam youtube taknak ambil tindakan. Tapi benda benda remeh ni sibuk pulak.
No comments:
Post a Comment