Ditanya mengenai isu sama, Ketua Polis Pahang berkata kesemua 10 anggota polis termasuk inspektor sudah dikenakan penahanan gaji selama 6 sehingga 12 bulan, selain ditukar tempat kerja. Bagaimanapun mereka dibenarkan bertugas seperti biasa. Mereka juga diberi surat amaran.
Sementara itu, 20 anggota termasuk pegawai kanan jabatan Imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam ditukar akibat kegiatan rasuah. Mereka ditukarkan ke beberapa cawangan negeri berkuatkuasa 27 september ini.
Laporan media mendedahkan ada anggota dan pegawai emigresen didakwa menerima rasuah sehingga RM60 ribu sebulan.
SEREMBAN 3 Okt. - Dua lagi pegawai Imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai 'menyeludup' pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini yang dikatakan meraih pendapatan sehingga RM33,600 seminggu.
Pegawai yang bertugas di jeti Port Dickson, dekat sini itu dikatakan mengenakan bayaran RM5,600 bagi setiap feri membawa PATI sejak empat tahun lalu. Dalam seminggu, enam feri yang setiap satu mengangkut kira-kira 70 PATI dari Dumai, Indonesia akan berlabuh di jeti Port Dickson.
Inilah antara cerita rasuah yang berlaku didalam masyarakat kita. Ini adalah sebahagian kecil sahaja. Dipercayai masih banyak kes rasuah yang melibatkan orang orang berjawatan tinggi termasuk orang politik.
Kerajaan harus bertindak tegas. Semua yang terlibat harus dihukum berat. Jangan hanya ditukarkan ke tempat lain. Kalau setakat tukar tempat, masalah ini tidak akan selesai.
Hanya ada satu cara untuk menghukum pengkhianat negara iaitu hukuman bunuh. Hukuman ini wajar terutama untuk mereka yang membenarkan PATI masuk ke nagara ini. Perbuatan mereka telah meletakkan negara ini didalam bahaya kerana kemungkinan besar ada antara PATI itu adalah pengganas ataupun perisik negara asing.
Bertindaklah sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment