Geng Bas Sekolah

October 1, 2010

Azmin Pakat Gulingkan Khalid GapGap

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar mendakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menawarkan habuan kepada Reformis untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Ramlan, antara tindakan Reformis yang ada kaitan dengan agenda tersebut ialah demonstrasi bogel di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 2009 serta aduan rasuah melibatkan Abdul Khalid kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, semua tindakan itu bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid sekali gus memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

"Sebagai ahli politik, Azmin merupakan seorang yang bercita-cita besar dan antara matlamatnya adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Saya dan rakan-rakan dalam Reformis menjadi alat untuk mencapai matlamat itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan mengenai Azmin yang merupakan individu paling banyak mengetahui rahsia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Azmin sebenarnya bukan anak emas tetapi Anwar yang sangat takut kepadanya kerana Azmin banyak mengetahui rahsia Anwar. Bagi menutup mulut Azmin, Anwar ikut sahaja apa yang Azmin mahukan," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

PKR semakin busuk apabila terbongkarnya rancangan Azmin nak jadi MB. Yang jadi mangsa adalah Khalid GapGap. Tak terkecuali Zaid juga menjadi bahan penyedap tidak lama dahulu. Beginilah jadinya kalau semua orang gila kuasa. Kalau Allah s.w.t nak tunjuk kebenaran, tak siapa yang dapat menghalang.

Patutlah pakcik Nuar tak hairan langsung apabila Ezam keluar PKR dulu. Rupanya Azmin tahu lebih banyak rahsia gelap pakcik Nuar. Rahsia apa? Hehehehee.....

No comments: