Kerajaan diminta mewujudkan lebih banyak pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kawasan luar bandar bagi membolehkan rakyat dan pelajar di negeri ini mendapat maklumat meluas mengenai perkembangan dunia luar.
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kewujudan lebih banyak pusat ICT akan memudahkan rakyat dan pelajar mengakses maklumat dan pembelajaran dengan lebih cepat.
'Dalam zaman serba canggih ini, segala kerja dan maklumat perlu pantas dan tepat, jika tidak, kita akan tercicir daripada arus pembangunan," katanya selepas menyampaikan netbook 1Malaysia kepada 500 pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau dekat sini, kelmarin.
Sumber: Utusan Malaysia
Kerajaan diminta membina lebih banyak pusat ICT untuk rakyat tetapi adakah pemimpin sendiri tahu menggunakannya? Atau hanya tahu menggunakan facebook untuk bermain poker atau mengayat awek muda?
UMB Pahang sendiri macam hidup segan mati tak mahu. Ramai pemimpin pemimpin UMNO Pahang sendiri tak tahu apa itu blog dan langsung tak mahu mencuba. Banyak UMNO daerah di Pahang tiada laman web atau blog sendiri. Yang aktif sekarang ini cuma jerantut saja.
Sedangkan pembangkang giat menggunakan kemajuan teknologi untuk menghentam kerajaan dan menyebarkan fitnah. Sepatutnya mereka ini harus mencermin muka sendiri sambil makan karipap dan bertanya kepada diri sendiri "are you ok?" Dah tentu jawapannya "no!"
Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.
4 comments:
Salam dan terima kasih tuan,
Saya sudah hilang rasa keewa saya berkenaan ICT dan Media Sosial di Pahang. Segalanya kerana adanya pemimpin yg masih buta IT dan buta hati. Mereka juga tidak jujur dalam membangunkan blog dan media sosial di Pahang dan kursus hanya dijadikan sebagai punca kewangan satu dua pihak. Setpol MB patut tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam UMB Pahang kerana kegagalannya, namun inilah UMNO yg tidak pernah ingin mengaku kegagalannya serta ketidakmampuannya.
Salam. nak buat mcm mana kalau dah pemimpin pemimpin UMNO pahang pun mmg tahap lembu.mana tau mengunakan teknologi ICT
bagai mengajar ketam berjalan lurus, UMB Pahang dan Biro ICTnya tetap berjalan tempang. menulis (termasuk blog) adalah atas minat dan bakat semula jadi, tetapi UMNO mengharapkan nya mengikut kehendaknya sendiri, menulis blog hanya oleh orang-orang pilihannya saja untuk mudah diatur, kerana itu setiap program yang UMNO jalankan selalu gagal, kerana mereka sentiasa mengikut kehendak hati
braveheart: apa nak buat..orang degil berkuasa, kita sebagai rakyat biasa tak boleh buat apa apa. siapalah kita nak bercakap dengan mereka.
anon: sudahlah tak tahu, malas belajar pula..kalau malas sekalipun, arahlah budak muda menggunakannya..kalau pemimpin tua tak tahu, ramai lagi golongan muda yang tahu.
Post a Comment