tanah tapak istana negara yang baru ini telah digazetkan sebagai tapak istana negara memandangkan sejak kemerdekaan tiada istana negara yang dibina khususnya untuk YDPA.
istana negara yang sedia ada merupakan bekas tapak kediaman kapitan cina,yap ah loy yang terletak di jalan syed putra.
cadangan awal pembinaan projek dicadangkan pada akhir pemerintahan perdana menteri ke 4 tun dr mahathir, manakala kontraktor pembinaan maju jaya sdn bhd telah dilantik untuk mengetuai projek ini pada tahun 2007 iaitu selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.
istana negara baru yang pertama ini dibina di atas sebidang tanah seluas 250 ekar yang telah digazetkan sebagai lambang baru raja-raja berperlembagaan.
kontraktor maju jaya sdn bhd adalah syarikat peneraju projek manakala 70% daripada subkontraktornya juga adalah daripada syarikat melayu. hampir kesemua pekerja maju jaya sdn bhd adalah daripada bangsa melayu yang diketuai oleh seorang anak kampung dari semeling,kedah iaitu encik md nizam bin md sheriff .
nama beliau terkenal di kalangan ahli korporat dan dianggap cukup low profile walaupun mendapat projek berprofil tinggi iaitu membina istana negara yang berjumlah RM649 juta ini.
justeru itu ketidakpuasan timbul daripada beberapa pihak lalu menggunakan rangkaian kumpulan anti kerajaan untuk menyerang kredibiliti projek tersebut yang dimonopoli oleh syarikat melayu. serangan yang sama juga dilakukan terhadap kontraktor melayu yang membina hospita besar di seksyen 7 shah alam.beberapa minggu lepas, ahli parlimen taiping nga kor ming mempersoalkan di parlimen akan nilai projek istana negara baru ini namun telah dijawap dengan cukup kemas oleh menteri kerjaraya.
mengikut sumber dalaman, rakan ahli parlimen taiping ini telah memohon untuk membekalkan marble dalam pembinaan projek ini namun telah ditolak kerana harga yang ditawarkan tidak kompetitif.
dari sinilah bermulanya serangan kumpulan anti melayu yang merangkumi kelompok yang mewakili pelbagai pihak, baik daripada ahli parlimen hinggalah ke media cetak dan media siber.
27 jun 2010, serangan pertama dilakukan oleh akhbar the star milik parti MCA. the star telah melakukan pembohongan dan fitnah terhadap kontraktor utama dan sub kontraktor projek. syarikat melayu ini telah difitnah kononnya tidak membayar gaji selama 5 bulan kepada pekerja asing.
lebih jahat apabila pekerja asing ini digambarkan sebagai hamba abdi dan dikerah semaksima mungkin dalam proses membina istana negara baru ini.
gambar pekerja asing yang sedang makan tengahari telah dipotretkan oleh akhbar the star sebagai 'imej makan sekali sehari' dan disiarkan dalam cetakan akhbar mereka !
keesokannya, iaitu pada 28 jun 2010 sekali lagi akhbar the star mengeluarkan gambar ahli parlimen DAP daripada segambut sedang berbual-bual dengan pekerja asing.namun dalam cetakan akhbar itu,telah digambarkan seolah-olah 'pekerja asing sedang mengadu' gaji mereka tidak dapat ! ini fitnah jahat daripada the star yang cuba mempotretkan imej syarikat melayu zalim terhadap pekerja asing.
berdasarkan dua keluaran cerita fitnah akhbar the star, ahli parlimen DAP daripada segambut,taping dan batu gajah telah menghentam bertubi-tubi kontraktor melayu itu di parlimen.
namun pujian harus diberikan kepada menteri sumber manusia kerana telah membidas balik fitnah tersebut dalam parlimen berdasarkan fakta tiada aduan yang diterima daripada pekerja seperti yang dimaksudkan.
malah kedutaan indonesia telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada aduan yang dibuat oleh pekerja asing semasa mereka melakukan lawatan mengejut di tapak pembinaan.
khamis lepas peguam anti kerajaan yang bernama latheefa koya,m surenthiran dan fadiah najwa telah membuat laporan di balai polis brickfield,mendakwa mereka mewakili 1000 orang pekerja yang dizalimi oleh pihak polis. kononnya polis telah merompak pekerja asing dalam serbuan mereka di tapak pembinaan !
begitu jahatnya fitnah mereka hingga mereka sanggup menipu persepsi rakyat malaysia. namun cerita mereka ini hanyalah rekaan pembohongan sahaja kerana berdasarkan maklumat kontraktor,pekerja asing hanya berjumlah 400 orang dan bukannya 1000 seperti yang didakwa!
akhbar the star telah melakukan serangan fitnah kepada kontraktor melayu ini dengan bertujuan pada masa yang sama juga membawa instrumen kebencian melampau kepada institusi kesultanan di malaysia !
jahat mereka, lebih jahat apabila cerita fitnah mainan akhbar the star ini turut mendapat liputan luar biasa web malaysiakini yang sudah terkenal sebagai web yang mempromosikan agenda anti islam,anti melayu dan anti institusi beraja di malaysia !
malaysiakini telah cuba mengeruhkan perhubungan diplomatik antara malaysia dan indonesia apabila mereka memainkan isu pekerja asing indonesia telah dijadikan hamba abdi moden membina istana raja melayu dan melaporkan berita kononnya pekerja asing indonesia telah dirompak oleh polis semasa serbuan.
hari ini senator ezam mohd nor telah mengumpulkan beberapa maklumat mengenai fitnah jahat mainan mereka. pada sidang media di tapak pembinaan istana negara baru ezam telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat mereka.
malah senator ezam mohd nor juga telah membidas akan propaganda jahat editor-editor yang terlibat yang cuba menanamkan kebencian kepada institusi beraja di malaysia.ezam menggesa malaysiakini dan the star disiasat oleh kementerian dalam negeri berhubung laporan nasib yang menimpa pekerja asing seperti yang didakwa.malaysiakini dan the star patut disiasat kerana laporan itu disulam dengan motif untuk merosakkan institusi diraja.
Sumber: GAP
3 comments:
Bangsat punya Cina.... dasar pendatang tak sedar diri.... Keturunan gangster Cina...
SO, TUNGGU APE LAGI...SAMAN LE
Tu ler pasal gampang biadap
Post a Comment