Geng Bas Sekolah

July 2, 2010

Edisi Panas : DAP Sedang Menguasai Malaysia !

Sepertimana yang kita tahu, di Malaysia majoriti orang-orang cina berada di kawasan bandar-bandar besar, negeri membangun dan negeri maju. Negeri tersebut ialah Johor,Melaka, NS, Selangor, Perak dan P.Pinang (6 negeri) . Mereka agak kurang di sebelah Pantai Timur, Kedah dan Perlis (5 negeri).


Saya difahamkan yang DAP sekarang sedang bekerja keras di 6 negeri yang saya nyatakan diatas. Sasaran mereka ialah menawan negeri-negeri berkenaan dalam PRU akan datang.

Mereka tidak memberi tumpuan di 5 negeri , kerana mereka tahu itu kawasan sakit bagi mereka kerana majoritinya melayu.

Saya difahamkan DAP sekarang sedang melakukan satu gerakan halus iaitu memindahkan pengundi-pengundi cina dari 5 negeri ke 6 negeri berkenaan dalam usaha mencapai misi mereka pada PRU ke 13.

Mereka tahu jika mereka mendapat menang di 5 negeri berkenaan ianya tidak membawa makna kepada mereka, hanya sekadar menang sebagai adun sahaja tetapi tidak berjaya menjadi pemerintah.
Oleh yang demikian mereka merasakan ianya satu kerugian dan adalah lebih baik mereka pindahkan pengundi-pengundi berkenaan ke negeri-negeri yang mereka ada potensi. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Mereka hanya perlu memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi tertentu sahaja dimana kerusi tersebut mereka yakin boleh menang.


Satu lagi faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan DAP ialah kerana undi melayu yang berpecah, manakala undi cina solid untuk mereka. Manakala bagi golongan melayu moden atau anak-anak muda pula tidak menjadi keberatan kepada mereka untuk undi DAP.



Contohnya Melaka, ada 28 kerusi dun, untuk bentuk kerajaan perlu menang 15 kerusi. Dan mereka akan beri tumpuan kepada kerusi-kerusi ini. Sekarang pun mereka sudah ada 5 kerusi di Melaka.
NS pula ada 36 kerusi dun. Untuk bentuk kerajaan perlu menang 19 kerusi. Sekarang DAP ada 10, PAS ada 1 dan PKR ada 4 = 15 kerusi. Mereka hanya kurang 4 kerusi sahaja lagi. Mereka akan berusaha untuk kekalkan 15 dan tambah lagi 4. Maknanya mereka perlu beri tumpuan kepada 19 kerusi sahaja untuk tawan NS.

Johor pula ada 56 kerusi dun, untuk bentuk kerajaan perlu ada 29 kerusi. Dulu Dun Johor 100 % BN (2004 Pas menang satu kerusi tanpa bertanding) . Sekarang DAP ada 4 dan PAS ada 2. Nampak seperti sukar untuk mereka tawan. Tapi kita tidak boleh kata, macam-macam boleh berlaku, contohnya Selangor. Siapa sangka boleh terlepas dari genggaman BN ?

KL pula tiada kerusi DUN, jika ada sudah lama ianya dikuasai DAP. Selangor pula tak payah cakaplah. Setakat hari ini saya nampak BN tidak mungkin dapat kuasai balik Selangor. Setakat hari ini. Ulang sekali lagi, setakat hari ini.

Perak pula nyawa-nyawa ikan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Pulau Pinang pula saya rasa kita boleh lupakan.Ianya akan jadi seperti Kelantan,penguasaan DAP akan kekal.

Apabila mereka dapat tawan 6 negeri berkenaan ianya kerja yang mudah bagi mereka. Ini kerana kebanyakan negeri-negeri tersebut adalah negeri yang sudah membangun atau maju. Dari segi geografi juga kedudukan 6 negeri berkenaan senang ditadbir kerana ianya terus dari selatan ke utara.



Jadi selepas ini jika kita memandu dari selatan ke utara atau sebaliknya , dan apabila tiba di sempadan satu-satu negeri berkenaan mungkin akan ada papan tanda yang bertulis INI WILAYAH DAP atau SELAMAT DATANG KE WILAYAH DAP.

Sekali lagi saya nak ulangi ayat tidak mustahil ini boleh berlaku. Untuk membentuk Wilayah DAP dari Johor sampai ke P.Pinang mereka hanya perlukan 142 kerusi bagi 6 negeri berkenaan. Sekarang mereka sudah ada 122 kerusi. Mereka hanya perlukan 20 kerusi sahaja lagi. Jadi mereka akan beri tumpuan betul-betul kepada 142 kerusi tersebut. (Angka 142 kerusi termasuk 4 kerusi bebas di Perak dan 1 di Selangor yang dimenangi atas tiket PKR dan DAP dalam PRU 2008)

Yang boleh ambil 'tindakan' atau 'bertindak' adalah diri kita sendiri.

Pisau di tangan kita
Mentimun juga di tangan kita .
Pensil di tangan kita
Kertas undi pun di tangan kita.
Tepuk dada tanya selera.
Mahukah Anda Bertuankan DAP Lahanat

Sumber : RBF (klik sini)


3 comments:

Anonymous said...

Ya, rata-ratakan orang melayu nak sangat merasakan mcmana Puak Pakatan ni memerintah. Tahniah la ye orang melayu. Kalau dah tak sepakat mmg tak membawa berkat asyik dok nak bertekak serta gila kuasa dan pangkat. DAP diam diam ubi berisi tak pergi putrajaya pun dah kira victory kalau dpt genggam pulau pinang siap kira "own island by itself". Dulu orang cina buat rumah atas bukit, sekrang orang cina penang dah buat rumah dipersisiran pantai, kawasan mewah, serta "Rampas" tanah penduduk orang Melayu. Tapi kita masih sasau bercakap UMNO kejam dan zalim. Siap buat mahal mahal sebab orang melayu pulau bukan semua berpendidikan tinggi sangat pun byk kerja disektor perkilangan, sikap serta mentaliti anak muda sekatak spm dah boleh kerja kat kilang boleh berseronok. Sekali sekali kita kena ubah cara hidup kita, belajar dari kaum cina least support by government tapi mereka lah paling maju serba serbi dan bangga diri tanpa bantuan boleh hidup. Usah kita tipu diri kira sendiri tengok sajalah mcmana org luar mcm indon bangla boleh majukan diri kerana mereka insaf serta mahu maju dalam kehidupan.

Orang melayu perlu sedar dan bangun dari tidur. Bersemangat dan buagn sifat hasad dengki cemburu hati serta bercakaran sesama melayu. Kalau orang melayu tak berubah tak bersatu, maka DAP mmg dah berjaya dan akan ketepikan parti bermasalah PKR & PAS.

Unknown said...

Sama-sama l kita sbagai melayu memajukan diri sendri...biar la cina kaya ke,india kaya ke,sebab diorg usaha lebih,tak payah nak persoalkan kekayaan diorg,diorg kaya beli rumah mahal tu hak diorg la...sesiapa usaha lebih,berjaya la...yg malas tak kira la melayu ke,cina ke,india ke mana bley bjaya...negara kita hampir 53 thun merdeka,dari merdeka sampai skrg PM kita melayu,tp melayu xberubah2,pemikiran rkyat rata2 tak berubah,tlalu mnharap 'ketuanan melayu' mbela masa depan diorg...
Kita kena ingat,dalam mengajar dunia mesti tak lupa akhirat..dunia ibarat lalang,akhirat ibarat padi,kalau tanam padi maka dunia akan tumbuh skli,tp kalau tanam lalang pasti dan pasti padi takkn tumbuh..kalau berjaya didunia tp gagal di akhirat(kafir @ org islam yg tak sedar diri)tu di kira gagal..kalau gagal didunia,tp bjaya dakhirat(org islam shj) tu dh dkira bjaya..kalau bjaye ddunia dan bjye dakhirat tu dh dikira bonus la tu...tp kalau gagal kedua2nya tu gagal segagalnye...

Jeepers Creepers said...

betul tu..terima kasih diatas komen anda