Geng Bas Sekolah

June 9, 2010

Pemimpin PAS Bongkak

KOTA BHARU 8 Jun - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai angkuh apabila menggelarnya 'tidak ada kerja' kerana membangkitkan isu Koperasi Al-Hilal (Kohilal).

Beliau berkata, sepatutnya sesiapa sahaja bebas untuk menegur, mengkritik ataupun menyokong dalam negara demokrasi, apatah lagi persoalan berhubung pelaburan Kohilal yang dibangkitkannya menyentuh kepentingan umum.

"Wah.., sombong dan angkuhnya (Mohd. Amar). Inikah sifat seorang pemimpin, ini bukan soal ada kerja atau tidak. Kalau macam itu, pemimpin Pas (juga) tidak payah sibuk komen, kecam dan kritik pihak-pihak lain.

"Bersifat angkuh (sepatutnya) tidak layak menjadi pemimpin. Jangan pandang hina pada orang, saya tertanya-tanya di manakah sikap telus yang dilaung-laungkan Pas selama ini dan inikah ajaran Islam?

"Namun saya percaya tidak semua pemimpin Pas macam Mohd. Amar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohd. Amar yang menyifatkan Ibrahim 'tidak ada kerja' kerana mendesak Pas supaya mendedahkan ke mana menghilang RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahli Kohilal.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan dilaporkan berkata, Pas tidak perlu mendedahkan apa-apa kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukannya ahli koperasi tersebut.

Sebelum ini, banyak dakwaan timbul mengenai kewujudan skandal dalam koperasi yang ditubuhkan pada tahun 1986 itu dan menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Pas sendiri.

Suatu ketika dahulu, Kohilal menjadi kebanggaan ahli-ahli parti tersebut kerana memberikan pulangan pelaburan yang lumayan, namun kali terakhir dividen dibayar kira-kira 13 tahun lalu.

Ibrahim berkata, desakan tersebut dibuat kerana beliau tidak mahu rakyat terus dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.

"Pas mendakwa mereka adalah sebuah parti Islam, jadi kita tidak mahu orang ramai tersalah faham dan mencemarkan kesucian Islam.

"Pemimpin Pas perlu buktikan bahawa mereka bersih daripada sebarang penyelewengan. Kalau tidak ada apa, kenapa perlu berdolak-dalik jelaskan kepada rakyat dan jangan lari daripada persoalan pokok," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Hahaha baru tau ke..Kita orang semua dah lama tahu pemimpin PAS ni bongkak tak bertempat. Bila masalah orang lain sibuk je dia nak tahu, sibuk selak selak. Bila kena taik dekat muka sendiri terus diam seribu bahasa.

PAS adalah permainan politik

No comments: