Geng Bas Sekolah

June 10, 2010

62 Kes Senjata PDRM Hilang

KUALA LUMPUR 9 Jun - Sebanyak 62 kes kehilangan senjata api milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan berlaku sejak tahun 2001.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah itu melibatkan kehilangan 36 pucuk pistol semi automatik, 51 revolver dan dua sub mesingan (SMG).

"Bagaimanapun, 28 unit senjata iaitu empat pucuk pistol semi automatik dan 24 revolver telah dijumpai semula," katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Tian Chua (PKR-Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tian Chua ingin mengetahui mengenai jumlah kehilangan peralatan logistik milik PDRM.

Hishammuddin berkata, selain senjata, terdapat 58 kes kehilangan kenderaan milik PDRM yang melibatkan 49 motosikal, tiga kereta, masing-masing sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda dilaporkan hilang dalam tempoh sama.

Beliau berkata, senjata dan kenderaan merupakan dua kategori logistik PDRM yang sering berhadapan dengan masalah kehilangan.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kerajaan sentiasa berusaha melengkap dan mempertingkatkan peralatan logistik PDRM dalam usaha menangani jenayah.

Beliau berkata, sejak 2005, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.59 bilion di bawah Peruntukan Anggaran Belanjawan Pembangunan (ABP) dan sebanyak RM233.59 juta di bawah peruntukan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM).

Sumber: Utusan Malaysia

Macam mana polis boleh hilang senjata api. Termasuk 2 sub mesingan. Bahaya kalau begini. Walaupun 62 kes itu sejak dari tahun 2001, tetapi ianya tetap membimbangkang. Bagaimana sekiranya penjenayah menggunakan senjata tersebut?

Harap PDRM dapat mempertingkatkan keselamatan dan langkah pencegahan daripada berulang kes sebegini.

No comments: